Ujian Covid-19 'Negatif' Diwajibkan Bagi Penumpang Kapal Persiaran Utama Dunia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Ujian Covid-19 ‘Negatif’ Diwajibkan Bagi Penumpang Kapal Persiaran Utama Dunia

Avatar
Share

Syarikat pelayaran utama dunia sebulat suara dalam perjanjian baru yang memerlukan semua penumpang yang ingin menaiki kapal persiaran tidak mempunyai COVID- 19. Langkah ini bertujuan untuk menyakinkan sektor ini bahawa operasi pelayaran berskala besar dapat dijayakan dengan selamat sekiranya ujian dikendalikan dengan betul.

Satu kenyataan oleh Cruise Lines International Association (CLI), persatuan agensi pelayaran terbesar di dunia, menyatakan bahawa semua anggotanya telah bersetuju untuk melakukan ujian 100% kepada penumpang dan anak kapal di semua kapal dengan kapasiti 250 orang atau lebih, dengan keputusan ujian negatif adalah diwajibkan. Kalau penumpang positif mungkin kena terjun kapal terus, sengaja penulis berseloroh. 

Sumber: Mufid Majnun @unsplash

Beberapa syarikat terkenal antarabangsa merupalan anggota CLI, termasuk Royal Caribbean, Karnival, Genting Cruise dan MSC. Pengerusi eksekutif MSC Cruises, Pierfrancesco Vago menyatakan pada sidang kemuncak G20 baru-baru ini di mana beliau membincangkan syarikat itu sebagai kapal pesiar utama pertama yang akan kembali beroperasi di Eropah musim panas lalu, serta pelaksanaan ujian untuk semua penumpang. Beliau juga meminta seluruh industri pelancongan untuk melaksanakan ujian universal sambil menyediakan blok pada tetamu yang mungkin terdedah kepada virus.

“Kami dengann ketat melalui pelaksanaan protokol telah menolak lebih dari 100 orang tetamu yang diuji positif, datang dengan seseorang yang diuji positif, tidak memiliki dokumen perubatan yang sah atau kerana pelanggaran protokol kami.
Data kami menunjukkan bahawa hingga 80% mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan tanda menurut data WHO terbaru, jadi ujian ini adalah sangat penting,”

Sumber: Linval Ebanks @unsplash

Kebanyakan negara di seluruh dunia masih menasihatkan pelancong agar tidak melakukan pelayaran kapal, sementara pakar perubatan menunjukkan bahawa keputusan negatif pada ujian pertama berkemungkinan bertukar positif. Hakikatnya, virus Covid-19 masih belum aktif pada peringkat ujian awal. 

Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!