Uniqlo Megastore Pertama Di Malaysia Bakal Bertapak Di Damansara Avenue Disember Ini Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Uniqlo Megastore Pertama Di Malaysia Bakal Bertapak Di Damansara Avenue Disember Ini

Share

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, banyak syarikat-syarikat besar menghentikan operasi mereka atau menangguhkan pembukaan cawangan baru, tetapi tidak bagi UNIQLO.

Peruncit fesyen Jepun itu baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membuka megastore pertamanya di Malaysia Disember ini.

Tidak seperti kebanyakan gedungnya yang terletak di dalam pusat membeli-belah, gedung mega tersebut bakal dibuka di kawasan komuniti yang terletak Damansara Avenue.

Menurut satu kenyataan, gedung itu bakal dikelilingi oleh kawasan kediaman, sekolah dan juga pejabat.

Ia turut menempatkan ruang beli belah bagi barangan keperluan asas untuk masyarakat sekeliling.

[Gambar: Facebook Uniqlo Malaysia]

Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Malaysia dan Singapura, Yuki Yamada berkata pembukaan megastore itu bertepatan dengan ulang tahun ke-10 UNIQLO di Malaysia.

“Sejak beberapa tahun ini, kami telah membina kehadiran kukuh di sini dengan satu gedung dalam talian dan 51 gedung fizikal di pusat beli belah yang terletak di bandar utama merentasi 12 negeri,” katanya.

Beliau menambah bahawa pembukaan gedung mega itu menandakan perkembangan berterusan syarikan berkenaan di negara ini dan bakal melengkapkan rangkaian gedung di dalam pusat beli belah yang sedia ada.

“Gedung baru kami direka dengan teliti untuk memastikan ruang dan akses yang cukup untuk semua orang, termasuk keluarga dengan anak-anak, orang tua dan orang kurang upaya, dan akan mempunyai parkir sendiri untuk pelanggan kami.

Tambahnya, gedung pinggir jalan UNIQLO yang baru ini akan memudahkan penduduk di kawasan Bandar Sri Damansara dan sekitarnya untuk menikmati perjalanan membeli belah yang cepat dan mudah.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!