United Airlines Tawar Peluang Penerbangan Percuma Selama Setahun Untuk Penerima Vaksin

Type to search

Airlines Backpackerz

United Airlines Tawar Peluang Penerbangan Percuma Selama Setahun Untuk Penerima Vaksin

Share
United Airlines

Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menerima vaksin, syarikat penerbangan United Airlines menawarkan peluang untuk memenangi penerbangan percuma selama setahun bagi ahli MileagePlus loyalty program.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, ahli MileagePlus yang baru atau lama yang memuat naik rekod vaksinasi mereka melalui aplikasi United Airlines sehingga 22 Jun akan berpeluang untuk memenangi hadiah berkenaan.

Lebih daripada 200,000 orang memuat naik rekod vaksinasi mereka dan 100,000 pengguna baru mendaftar untuk menjadi ahli MilagePlus sejak pengumuman mengenai perkara itu dibuat, kata Ketua Pegawai Eksekutif United Airlines, Scott Kirby.

“Kami bangga dapat memainkan peranan kami untuk memberi insentif kepada mereka yang mendapatkan vaksin.

“Terima kasih kepada vaksin, semakin banyak destinasi dibuka untuk pelancongan – dan kami tahu pelanggan kami tidak sabar untuk terbang,” kata Kirby.

Pada bulan Jun, 30 pemenang akan memenangi penerbangan pergi dan balik untuk dua orang (penerbangan kelas pertama atau mana-mana kelas lain) ke mana-mana destinasi United Airlines.

Manakala pada 1 Julai, lima orang akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama berupa dua tiket penerbangan percuma selama setahun ke mana-mana sahaja destinasi United Airlines.

Sumber: CBS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!