UOB Malaysia Melancarkan Platform Percutian & Pengembaraan Dalam Talian, 'The Travel Insider' - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asean Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

UOB Malaysia Melancarkan Platform Percutian & Pengembaraan Dalam Talian, ‘The Travel Insider’

Share
  • 81 peratus perbelanjaan berkaitan percutian telah dilakukan secara dalam talian oleh pelanggan UOB pada tahun 2019.
  • Bekerjasama dengan rakan kongsi pelancongan gergasi, UOB adalah bank pertama di Malaysia menubuhkan ‘marketplace’ pengembaraan secara atas talian.
  • “The Travel Insider” menggunakan aplikasi antara muka pengaturcaraan (API) dari Agoda, Expedia, Booking.com & Singapore Airlines untuk lebih satu juta pilihan hotel serta penerbangan.

Saban hari, permintaan perjalanan di luar negara dan peralihan ‘budaya’ bagaimana seseorang berbelanja menggunakan kad atau pembayaran dalam talian (online) semakin meningkat membabitkan sektor pelancongan seperti tempahan bilik serta pakej percutian.

Tidak dinafikan evolusi industri ke arah teknologi digital telah berlaku sehingga mengubah gaya hidup serta senario industri pelancongan global mahupun tempatan.

Trend pelancong Malaysia tidak mahu membawa terlalu banyak mata wang asing ke luar negara di atas sebab keselamatan

Kesannya, anda boleh perhatikan perkembangan gergasi percutian dalam talian seperti Agoda, Booking.com, Expedia, Airbnb dan banyak lagi mampu menyerap perubahan serta peralihan revolusi tanpa tunai ini dengan keuntungan yang cukup seimbang.

Lantas menyedari trend global ini, United Overseas Bank (Malaysia) hari ini mengumumkan pelancaran The Travel Insider di Malaysia, platform ‘marketplace’ pengembaraan dalam talian yang diwujudkan oleh sebuah bank bagi membantu para pelanggan dan memudahkan mereka mencari, merancang serta menempah percutian mereka.

Inspire, Plan, Book
The Travel Insider by UOB Malaysia

Mula dilancarkan pada 2018 di Singapura, The Travel Insider adalah cetusan kerjasama antara UOB dan lebih 500 syarikat terkemuka melibatkan industri penerbangan, perhotelan dan pelancongan.

Pengguna boleh mencari, merancang dan menempah percutian mereka dengan mudah, di samping mendapatkan pelbagai tawaran yang kompetitif.

Terdapat lebih 1,000 tawaran perjalanan, membeli-belah dan tempat makan di seluruh Aisa Tenggara, Jepun, Korea, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat menerusi The Travel Insider.

The launch of The Travel Insider by United Overseas Bank at Bukit Bintang
Inside The Travel Insider

Anda tak perlu pening kepala mencari sumber untuk merancang percutian yang terbaik, kini The Travel Insider by UOB akan membantu mengumpulkan informasi khusus sebagai panduan pengembaraan anda masa kini.

Setakat ini, terdapat 24 destinasi pelancongan utama telah disenarai pendek oleh UOB, jadi pelancong mahupun pengembara boleh dapatkan jadual perjalanan terbaik, panduan pengembaraan, tips serta tawaran kompetitif menerusi The Travel Insider.

Terima kasih United Overseas Bank (Malaysia) atas jemputan media kepada BackPackerz.
Layari The Travel Insider – Explore With UOB Cards

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!