Usia Bukan Penghalang, Nenek 91 Tahun Gemar 'Travel Solo' Seluruh Dunia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Usia Bukan Penghalang, Nenek 91 Tahun Gemar ‘Travel Solo’ Seluruh Dunia

Avatar
Share
  • Baba Lena dari Krasnoyarsk di Siberia telah mengunjungi Turki, Poland, Vietnam, Israel, Thailand, Jerman & Republik Czech.
  • Nenek berusia 91 tahun membiayai pengembaraan dengan wang pencennya selain duit jualan dengan menjual bunga & kerja menjahit.
  • Baba Lena mempunyai Instagram, YouTube & Facebook sendiri dengan bantuan cucunya.

Usia bukanlah penghalang untuk kita mencapai sesuatu. Benar kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Trend golongan pengembara milenial membelanjakan simpanan mereka demi gaya liburan yang eksklusif dan ‘nampak’ mewah. 

Persepsi skeptikal itu berjaya diubah oleh seorang warga emas yang mencecah usia lanjut, 91 tahun.

Baba Lena di Istanbul, Turki
Baba Lena & cucunya yang membantu menguruskan media sosial

Percutian atau pengembaraan bukan untuk bermegah dan membandingkan perjalanan siapa lebih seronok serta bajet.

Seorang nenek dari Siberia, Baba Lena telah menjadi selebriti kembara dengan 178 ribu pengikut di Instagram (sebelum akaun deactivate).

Sejak lapan tahun lalu, Baba Lena mula mengembara tanpa sebarang populariti. Bayangkan seorang warga emas bersiar-siar sekitar Istanbul dengan senang hati.

Namun kisah pengembaraannya menjadi sensasi dan tular selepas seorang remaja Rusia bernama Ekaterina Papina bertemu Baba Lena sewaktu trip ke Vietnam pada 2016.

Perkongsian wanita muda tersebut mendapat perhatian komuniti pengembara seluruh dunia serta mencuri tumpuan warganet.

Malah warga emas ini turut muncul dalam beberapa rancangan televisyen di Rusia dan digelar ‘Instagram Travel Star‘.

Sewaktu ulang tahun kelahirannya ke-83, Baba Lena sudah melancong solo ke beberapa negara seperti Turki, Republik Czech, Jerman dan Israel.

Destinasi kegemarannya adalah Czech Republic kerana orangnya peramah dan makanan yang sedap.

Baba Lena
Baba Lena menunggang unta di Israel
Baba Lena
Baba Lena di Vietnam/Kredit - Ekaterina Papina

Warga emas ini gemar mengembara solo serta suka bertemu masyarakat setempat yang rata-rata prihatin dengan usianya.


“Its easy to make friends when I’m away because a lot of people wonder at my age and ability to travel and they want to help. They show me everything, help to see the sea and visiting restaurants”


Maka petikan age is not barrier when it comes to travel telah dibuktikan dengan coretan kejayaan pengembaraan nenek berusia 92 tahun ini.

Terima kasih Baba Lena atas semangat menerokai dunia biarpun usianya sudah lanjut serta memberikan inspirasi buat generasi muda mula mengembara.

*Hasil semakan penulis, dukacita dimaklumkan bahawa Baba Lena ‘Granny Lena’ telah meninggal dunia pada Januari 2019 kerana barah paru-paru.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!