Video: Lelaki “Tumbuk” Kerusi Yang Direbahkan - Salah Penumpang Atau Syarikat Penerbangan? Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Video: Lelaki “Tumbuk” Kerusi Yang Direbahkan – Salah Penumpang Atau Syarikat Penerbangan?

Share

Baru-baru ini, tular video tentang seorang wanita bernama Wendi Williams merakam penumpang lelaki di belakangnya yang menumbuk secara perlahan (menganggu) wanita tersebut kerana merebahkan kerusinya (recline) ketika dalam penerbangan American Airlines dari New Orleans ke Charlotte yang memakan masa kurang dua jam. Saksikan video tersebut di bawah:

Wendi ketika itu duduk di kerusi yang kedua paling belakang dalam pesawat American Airlines, di mana lelaki tersebut duduk di hadapan dinding yang mana kerusinya tidak boleh direbahkan. Sebelum insiden berlaku, lelaki tersebut meminta Wendi tidak merebahkan kerusinya kerana dia mahu makan.

Selepas lelaki tu selesai menjamah hidangan (kira-kira 10 minit), Wendi merebahkan kerusinya dan ketika inilah lelaki itu menumbuk kerusi Wendi beberapa kali – dengan harapan Wendi menegakkan semula kerusinya. Wendi meminta bantuan kru kabin namun tidak diendahkan.

Wendi merakam video tindakan lelaki terbabit sebagai bukti gangguan terhdapanya. Video tersebut menjadi tular di media sosial kerana walaupun majoriti berpihak kepada Wendi, namun masih ramai yang menyokong tindakan lelaki tersebut kerana berpendapat kerusi dalam pesawat tidak sepatutnya direbahkan demi “keselesaan semua penumpang”.

Namun, ramai berpendapat fungsi “recline” sudah diwujudkan syarikat penerbangan sejak sekian lama. Jadi, setiap penumpang mempunyai hak untuk merebahkan kerusi masing-masing. Tambahan pula, rebahan tersebut hanya dalam beberapa inci sahaja.  


Sesetengah pihak pula berpendapat, lelaki tersebut tidak sepatutnya memarahi wanita terbabit. Sebaliknya, menyalahkan syarikat penerbangan yang menawarkan kerusi dengan fungsi “recline.” Lebih-lebih lagi terhadap kru kabin American Airlines yang tidak mengendahkan insiden yang berlaku.

Anda rasa macam mana? Rebahkan kerusi atau tidak? Adakah itu pilihan mutlak masing-masing atau adakah syarikat penerbangan yang perlu membuat pengubahsuaian?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!