Viral: Penjual Bakso Rebus Mi Segera Dengan Plastik Bungkusan di Jakarta - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asean Feast Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Viral: Penjual Bakso Rebus Mi Segera Dengan Plastik Bungkusan di Jakarta

Share
  • Selain Thailand, Indonesia juga terkenal dengan penjual makanan jalanan, menawarkan pelbagai hidangan yang menepati selera orang Malaysia & harga pun berpatutan.
  • Jakarta sahaja mempunyai sekitar 50 ribu vendor makanan jalanan (sumber: United Nations Food & Agriculture Organization).
  • Indomie BBQ Chicken dari Indonesia telah dinobatkan sebagai mi segera paling sedap di dunia, diikuti MyKuali Penang White Curry dari Malaysia & Nongshim Shin Black dari Korea (sumber Los Angeles Times).

Tidak dapat dinafikan instant food seperti mi segera boleh dianggap ‘peneman setia’ buat para pengembara tatkala lapar dan ingin menjamu selera dengan cepat serta mudah.

Siapa yang tak pernah makan mi segera seumur hidup pasti rugi kerana mi segera sangat sinonim dengan citarasa masyarakat Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Salah satu jenama mi segera yang tidak asing lagi dan menjadi kegemaran ramai adalah Indomie Mi goreng keluaran syarikat Indonesia, Indofood Sukses Makmur.

Indomie BBQ Chicken
Bakso & Mi Segera popular di Indonesia

Mi segera turut menjadi menu gantian oleh sesetengah pengembara semasa berkunjung ke negara-negara yang susah mencari makanan halal ataupun ‘ragu-ragu’ dengan status halal yang dipamerkan. Maggi cup telah menjadi ‘sahabat’ pengembaraan yang wajib bawa. 

Tambah pula kalau berlibur di Indonesia, pasti hidangan yang senang untuk dimakan adalah mi segera, bakso dan sate.

Satu perkara yang menarik perhatian adalah tularnya video dalam media sosial yang menunjukkan penjual bakso merebus mi segera dengan bungkusan plastiknya sekali di Jakarta.

Dalam video berdurasi 58 saat itu, penjual bakso sibuk mempersiapkan pesanan pelanggan. Pada mulanya satu bungkusan mi segera diangkat, kemudian bungkusan kedua turut dikeluarkan.

Viral masak mi segera dengan plastik bungkusan

Rata-rata netizen bimbang tentang risiko penyakit akibat rebusan plastik mi segera dan mempersoalkan sama ada tindakan tersebut sengaja dilakukan ataupun proses biasa sering digunakan.

Ada juga pengguna Twitter yang menekankan bahawa kimia daripada pewarna dan bahan plastik berisiko mengakibatkan masalah kesihatan seperti kanser. 

Sebelum ini juga pernah kecoh bahawa mi segera penyebab kanser, jadi apa pula kesan buruknya sekiranya mi segera itu direbus bersama bungkusan plastiknya?

Foto - JP/Seto Wardhana

Walaupun kita semua suka dan berselera menjamah makanan-makanan di Indonesia, sukar untuk menafikan bahawa segelintir mereka kurang prihatin mengenai aspek kebersihan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!