Wanita Australia Ditetak 6 Kali Dalam Cubaan Ragut Beg Tangan di Pantai Uluwatu, Bali - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Wanita Australia Ditetak 6 Kali Dalam Cubaan Ragut Beg Tangan di Pantai Uluwatu, Bali

Share
  • Mangsa yang memegang pasport Australia telah diserang sewaktu berada di kawasan parking kereta di pantai Uluwatu kira-kira 7.30 malam pada 21 November.
  • Tertuduh merupakan seorang petani dari Nusa Tenggara Barat yang terdesak memerlukan wang untuk tanggung bil hospital anaknya.
  • Pegawai polis terpaksa menembak di bahagian kaki tertuduh kerana cubaan melarikan diri semasa ditahan.

Biarpun Bali adalah destinasi percutian yang indah dan cukup popular dalam kalangan pelancong luar temasuk Malaysia, kes jenayah ‘kecil’ sering berlaku.

Penulis mencadangkan korang lebih berwaspada dan berjaga-jaga semasa berkunjung ke Bali. Terdapat kes ragut beg yang disasarkan kepada pelancong.

Bali, Indonesia

Terbaru, seorang warga Australia telah ditetak sehingga enam kali dan hampir meragut nyawanya dalam kejadian ragut beg di Bali.

Menurut laporan 9news, mangsa yang meminta identiti beliau dirahsiakan telah dirawat dan pembedahan dilakukan akibat luka-luka dalam pada bahagian bahu, lengan dan kedua-dua tangannya semasa pergeluatan. Mangsa dilaporkan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Mangsa telah dibenarkan keluar hospital selepas rawatan susulan & pembedahan
Salah satu sandal wanita yang berdarah

Pergelutan dan kekasaran didakwa tercetus apabila penyerang berusia 25 tahun itu mendekati mangsa dengan motor lalu cuba merampas beg wanita tersebut sebelum menetak dengan parang.

“Penyerang cuba meragut beg tangannya tetapi ia terikat pada cermin sisi motosikal dan dia gagal mengambilnya dengan mudah, kemudian penyerang mengambil parang lalu menetak mangsa sebanyak enam kali” – Kawan mangsa, David Iglesias Megias.

Polis terpaksa melepaskan tembakan pada kaki penyerang yang dikenali sebaga Arjuna Wirana kerana cubaan melarikan diri semasa tangkapan dilakukan.

Mangsa diserang sewaktu berada di kawasan parking kereta di pantai Uluwatu
Parang yang digunakan suspek semasa meragut

Seorang kenalan kepada wanita Australia itu menyatakan bahawa mangsa mengalami trauma akibat insiden hitam tersebut.

Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa sedang meluangkan waktu petang dengan kawan-kawannya di pantai Uluwatu sebelum diserang di kawasan parking kereta. Jika didakwa bersalah, tertuduh dari Nusa Tenggara Barat itu bakal dihukum penjara sembilan tahun.

Bagi korang yang merancang percutian ke Bali selepas ini, pastikan keselamatan serta barang peribadi korang dijaga sebaiknya, elakkan daripada membawa atau menunjuk barang-barang berharga yang berisiko diragut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!