);

Type to search

Backpackerz Berita

Wanita Ini Berbasikal Sejauh 5,000 km ke Mekah Untuk Menunaikan Umrah

Share

Sara Haba dari Tunisia baharu sahaja mencipta rekod apabila menjadi wanita pertama berbasikal sejauh 5,000 km untuk ke Tanah Suci.

Pengembaraannya memakan masa 53 hari bermula dari Tunisia, merentasi Mesir dan Sudan sebelum tiba di Mekah awal Februari lalu. Dia merakam setiap detik perjalanannya di akaun instagram dengan menggunakan hashtag #cyclingtomecca.

Berbasikal secara bersendirian, Sara mengakui pengembaraan tersebut benar-benar menguji mental dan fizikalnya. Terutamanya apabila basikalnya rosak di kawasan gurun dan dia terpaksa membaikinya sendiri.

“Cabaran berbasikal di sekitar Arab Saudi tidaklah sesukar sepanjang perjalanan yang saya tempuhi untuk ke sini. Cuma, pada mulanya saya bimbang jika tidak dibenarkan masuk ke sini (Arab Saudi) dengan berbasikal. Syukur, semuanya dipermudahkan,” ujar Sara melalui akaun Instagram miliknya.

Dia berterima kasih dengan ramai orang yang ditemui di sepanjang perjalanan. Ada di antara mereka menawarkan minuman, buah kurma dan tembikai. Malah, dia bertemu dengan seorang wanita yang mengembara dari 200 km semata-mata untuk berjumpa dengannya bagi menyatakan sokongan.

Sebaik tiba di Mekah, abangnya yang datang dari Perancis sedia menanti untuk bersama-sama menunaikan Umrah.

Sumber: KSAEXPATS.COM

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!