Wanita Ini Pakai lebih 2 kilogram Pakaian Untuk Elak Cukai Bagasi di Airport Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz

Wanita Ini Pakai lebih 2 kilogram Pakaian Untuk Elak Cukai Bagasi di Airport

Share

Pelbagai cara untuk berjimat. Lebih-lebih lagi ketika melancong. Itulah yang dilakukan oleh seorang pengembara, Gel Rodriguez apabila cuba mengelak dikenakan lebihan caj untuk bagasinya yang melebihi berat ditetapkan sebelum menaiki penerbangan dari lapangan terbang di Filipina.

Sewaktu check-in di kaunter lapangan terbang. Gel diberitahu yang berat bagasi yang dibawanya adalah 9kg – 2 kg melebihi had yang ditetapkan untuk penerbangan.

Di sinilah dia bertindak ‘kreatif’. Dia beredar dari kaunter tersebut, pergi tukar pakaian. Masalahnya, dia bukan sekadar bertukar pakaian, malah dia memakai berlapis-lapis jaket, kemeja dan seluar pada tubuhnya dengan jumlah keseluruhan berat dianggarkan sekitar 3 kg!

Dia bergerak menuju ke kaunter check-in semula dan tidak perlu membayar caj tambahan bagasi! Gel memuat naik gambar dia memakai pakaian yang banyak itu di instagram hingga menyaksikan gambarnya dikongsi sebanyak 20,000 kali.

Namun, Gel tidak menggalakkan orang lain mencuba teknik sebegitu. Malah, dia juga berkata yang dia tidak mungkin akan melakukan perkara sebegitu lagi.

“Mungkin tidak. Ia sangat, sangat panas. Saya tidak galakkan orang lain mencubanya,” jelas Gel.

Pada tahun 2015, teknik sama pernah dicuba oleh ahli kumpulan Rewind dari Scotland, James McElvar. Dia pengsan. Ketika menjalani pemeriksaan, James diserang “heat Exhaustion” yang merupakan antara gejala awal serangan strok haba.

Kredit: ThinkingHumanity

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!