Warga Emas Sesat di Gunung Korbu Ditemui Orang Asli, Ini 5 Tips Asas Sebelum Mendaki Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Hiking & Outdoor Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Warga Emas Sesat di Gunung Korbu Ditemui Orang Asli, Ini 5 Tips Asas Sebelum Mendaki

Share
  • Anak mangsa memaklumkan ayahnya melakukan pendakian ke Gunung Korbu di Hulu Kinta bersama rakannya.
  • Rakan mangsa yang mengikuti pendakian bersama memberitahu mereka terpisah ketika turun ke kaki gunung antara puncak Gayong ke Puncak Korbu.
  • Pendaki warga emas ditemui tersasar lima kilometer dari laluan asal oleh Orang Asli.

Setiap tahun pasti timbul kes-kes pendaki sesat yang kerap berlaku di hutan mahupun kawasan gunung sekitar Semenanjung.

Jika bulan lepas, sekumpulan pendaki yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berjaya diselamatkan di Gunung Liang, Muallim.

Terbaru, lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Korbu Ahad lalu telah ditemui dalam keadaan selamat.

Anggota Bomba Perak
Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak (JBPM) melakukan operas pencarian. Foto/Ihsan Bomba Perak

Mangsa, Tee Kong Tiong, 68, ditemui lima kilometer dari laluan sebenar yang sepatutnya dilalui oleh Orang Asli yang mencari bahan perubatan tradisional di Sungai Gajah.

Pendaki warga emas ini dilaporkan sesat selama dua hari sejak Ahad petang sebelum diselamatkan pada Selasa malam (4 Ogos).

Mangsa kemudian dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan sebelum polis mengambil keterangannya.

Pendaki berusia ini bersama rakannya mendaki Gunung Korbu pada Jumaat lalu dan mereka bermalam di Kem Seroja dengan ketinggian 800 meter.

Berkemungkinan kes-kes pendaki sesat melibatkan laluan semasa mendaki bukit hingga boleh mengelirukan pendaki. 

Foto - Astro Awani/JBPM
Foto - Pembaca

Kejadian pendaki sesat merupakan kes yang serius kerana ia melibatkan nyawa.

Semua pihak perlu memainkan peranan demi mengurangkan kes kehilangan pelancong dan pengunjung ketika mendaki.

Oleh itu, berikut adalah beberapa tips ringkas daripada BackPackerz yang boleh digunapakai oleh pendaki sebelum memulakan pendakian.

5 Tips Asas Sebelum Mendaki

  • Pendaki perlu menetapkan masa pendakian mereka bagi mengelakkan kejadian sesat semasa di dalam hutan.
  • Elakkan mendaki pada waktu lewat petang untuk jarak pendakian yang jauh dan turun pada waktu hampir gelap, situasi ini mengundang bahaya.
  • Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutama papan tanda, laluan semasa mendaki dan sebagainya.
  • Paling penting, kepada mereka yang menjalankan aktiviti riadah hutan serta mendaki untuk sentiasa mendapatkan permit dari Renjer Perhutanan.
  • Melaporkan kepada balai polis berhampiran bagi rekod makluman sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini atau masalah.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!