Tiga Warga India Diharamkan Daki Gunung Di Nepal Selepas Palsukan Gambar Di Puncak Everest );

Type to search

Backpackerz Berita

Tiga Warga India Diharamkan Daki Gunung Di Nepal Selepas Palsukan Gambar Di Puncak Everest

Share
Everest

Nepal telah membatalkan sijil puncak Everest dua pendaki India kerana memalsukan pendakian mereka pada 2016, dan melarang kedua-duanya dan ketua pasukan mereka daripada mendaki di negara itu selama enam tahun.

Narender Singh Yadav dan Seema Rani Goswami sebelum ini telah menerima sijil daripada Jabatan Pelancongan Nepal berdasarkan bukti foto mereka dan laporan pendakian daripada ketua ekspedisi.

Bak kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”, mereka akhirnya kantoi selepas Yadav memenangi Anugerah Pengembaraan Tenzing Norgay tahun lalu.

Para pendaki dan media India kemudiannya berkongsi analisis gambar Yadav yang menunjukkan bahawa ianya sudah disunting. Anugerah itu ditarik dan satu penyiasatan dijalankan.

Jurucakap Kementerian Pelancongan Nepal, Tara Nath Adhikari berkata kepada agensi berita AFP bahawa hasil siasatan mendapati bahawa mereka “tidak pernah sampai ke puncak”.

“Mereka tidak dapat menunjukkan bukti pendakian mereka ke puncak … mereka bahkan gagal menyerahkan foto yang boleh dipercayai bahawa mereka telah berada di puncak,” kata Adhikari.

Berikutan itu, Yadav dan Goswami serta ketua pasukan mereka, Naba Kumar Phukon dilarang memanjat gunung di Nepal selama enam tahun, bermula dari Mei 2016.

Seven Summit Treks, yang menganjurkan ekspedisi tersebut telah didenda 50,000 rupee (kira-kira RM1,700), manakala seorang malim gunung yang mendakwa mereka telah sampai di puncak gunung telah didenda 10,000 rupee (kira-kira RM345).

Sistem sedia ada memerlukan pendaki merakam gambar dan mengemukakan laporan daripada ketua ekspedisi bagi memperoleh sijil puncak Everest.

Pada tahun 2016, satu pasangan warga India telah dilarang mendaki selama 10 tahun setelah memalsukan gambar yang kononnya menunjukkan mereka berada di puncak Everest.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!