Kerajaan Johor Cadang Wujudkan ‘Travel Bubble’ Khas Dengan Singapura Bagi Penerima Vaksin
Share

Kerajaan negeri Johor akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk mewujudkan ‘travel bubble’ atau gelembung perjalanan khas Malaysia-Singapura bagi mereka yang sudah divaksin.
Menteri besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata ia adalah susulan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sudah bermula di negara ini, manakala Singapura sudah lebih awal memulakan program vaksinasi pada 30 Disember lalu.