Xtvt Race 2019, “Berlumba” Sambil Menerokai Keindahan Malaysia Verst );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Xtvt Race 2019, “Berlumba” Sambil Menerokai Keindahan Malaysia

Share

Aplikasi pelancongan popular tempatan, XTVT, bersama majalah Backpackerz bakal menganjurkan acara perlumbaan berkonsepkan pengembaraan yang pertama seumpamanya iaitu “XTVT Race 2019”, pada 3 Oktober 2019.

Bertemakan “Discover Malaysia”, perlumbaan yang bermula dari Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur itu bakal membawa sejumlah 50 peserta terpilih bagi meneroka enam lokasi produk-produk pelancongan popular Malaysia antaranya Muzium Negara, Pasar Budaya dan Taman Burung Kuala Lumpur.

Para peserta yang dibahagikan melalui kumpulan masing-masing perlu melengkapkan gabungan tugasan berkaitan pelancongan seperti budaya, makanan tempatan, sejarah dan flora dan fauna dengan menggunakan perkhidmatan bas pelancongan Hop-On Hop-Off.

Tiga kumpulan teratas yang berjaya menyiapkan kesemua tugasan dalam masa terpantas berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM2300 dan keseluruhan hadiah bernilai RM15,000 untuk direbut, tiket penerbangan ke Istanbul bersama Turkish Airline, baucar penginapan dan pelbagai hadiah menarik lain.

Untuk penyertaan boleh layari laman facebook BackPackerz atau tekan link disini.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!