Zimbabwe Jual 500 'Hak' Untuk Tembak Gajah Yang Terancam Bagi Biayai Perbelanjaan Taman Negara

Type to search

Backpackerz Insider

Zimbabwe Jual 500 ‘Hak’ Untuk Tembak Gajah Yang Terancam Bagi Biayai Perbelanjaan Taman Negara

Share
Zimbabwe

Zimbabwe akan menjual hak untuk menembak sehingga 500 gajah yang terancam untuk mengutip dana bagi perbelanjaan taman negaranya.

Jurucakap Lembaga Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe, Tinashe Farawo berkata kepada CNN, kemerosotan pendapatan dari industri pelancongan akibat wabak coronavirus adalah antara sebab keputusan itu dibuat.

“Kita makan apa yang kita bunuh,” kata Farawo. “Kami mempunyai anggaran sekitar US$25 juta untuk operasi kami yang kumpulkan – sebahagiannya – melalui sport hunting, tetapi anda tahu pelancongan sudah mati pada masa kini akibat wabak Covid-19.”

Pengumuman itu dilakukan hanya beberapa minggu setelah African forest elephant diisytiharkan sebagai sangat terancam manakala African savanna elephant pula diisyhtiharkan sebagai terancam.

Hak untuk menembak gajah itu dijual antara US$10,000 hingga US$70,000, bergantung pada saiz.

Zimbabwe mempunyai populasi gajah kedua terbesar di dunia di belakang jirannya, Botswana. Kedua-duanya negara itu telah dikritik oleh aktivis alam kerana pelan mereka untuk mendapat keuntungan dari pemburuan gajah.

Farawo bagaimanapun mempertahankan tindakan tersebut, dan berkata bahawa perkara ini telah berjalan sejak tahun 1991 dan tidak ada “keperluan untuk membuat bising tentangnya”.

“Bagaimana kami mahu membiayai operasi kami, bagaimana kami mahu membayar pekerja yang menghabiskan 20 hari di dalam semak untuk menjaga haiwan-haiwan ini?”

“Mereka yang menentang cara pengurusan kami seharusnya memberi kami dana untuk mengurus haiwan ini dengan lebih baik,” tambah Farawo.

Simiso Mlevu, seorang jurucakap Center for Natural Resource Governance, sebuah kumpulan pembela hak asasi manusia dan alam sekitar Zimbabwe, berkata kepada CNN bahawa keputusan memburu gajah itu adalah sesuatu yang “teruk.”

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya trophy hunting – suatu amalan yang mengganggu binatang liar dan meningkatkan konflik manusia-hidupan liar,” kata Mlevu. “Sudah pasti keluarga haiwan liar yang menyaksikan penembakan tidak masuk akal terhadap anggota keluarga mereka akan membalas dendam terhadap penduduk kampung yang malang.”

“Bertentangan dengan dakwaan pihak kerajaan bahawa trophy hunting adalah untuk membantu pemuliharaan, amalan ini didorong oleh ketamakan dan wang yang dikutip selalunya tidak dilaporkan,” tambahnya lagi.

Sumber: CNN
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!