Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Sehingga April Jika PKP Terus Dilaksana );

Type to search

Backpackerz Berita

Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Sehingga April Jika PKP Terus Dilaksana

Avatar
Share
Zoo Negara

Zoo Negara kini sedang menghadapi masalah kewangan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 13 Januari lalu.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata bekalan kewangan yang ada ketika ini hanya mampu bertahan sehingga April ini.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Rosly berkata setakat ini pihaknya masih lagi mampu menampung kos operasi termasuk keperluan makanan haiwan serta gaji pekerja walaupun pendapatannya terjejas akibat PKP yang dilaksanakan.

Tambahnya, dana yang ada ketika ini hanya mencukupi bagi menampung kos operasi sepanjang PKP yang akan berakhir 18 Februari ini.

“Zoo Negara akan berdepan masalah kewangan jika PKP dilanjutkan untuk tempoh yang lebih panjang. Saya berharap itu tidak berlaku.

“Jika dilanjutkan, kita terpaksa merayu kepada kerajaan supaya memberi kebenaran beroperasi atau mencari kaedah lain untuk meneruskan kelangsungan,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata sumbangan yang diterima oleh pihaknya pada PKP kali ini adalah kurang berbanding PKP tahun lalu.

“Permulaan PKP dahulu, orang berebut-rebut nak beri sumbangan makanan haiwan dan dana sehingga kita berjaya mengumpul RM10 juta,” katanya.

Bercakap kepada Sinar Harian, Rosly berkata kempen ‘Adopt An Animal’ masih lagi berjalan walaupun sambutannya agak perlahan berbanding sebelum ini.

“Dulu, boleh dikatakan sampai kakitangan kita pun tak cukup kerana terlalu ramai mengikuti kempen ini berbanding dengan sekarang,” jelasnya.

Kempen ‘Adopt An Animal’ adalah salah satu inisiatif Zoo Negara yang membolehkan orang ramai memberi sumbangan serendah RM25 kepada haiwan angkat yang dipilih secara one off atau secara bulanan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!