10 Barang Travel Best Di Daiso Yang Korang Kena Beli! - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

10 Barang Travel Best Di Daiso Yang Korang Kena Beli!

Avatar
Share

Daiso ni salah satu kedai ‘berhantu’. Sebenarnya tak nak beli apa apa pun, tapi kalau masuk mesti ada je barang yang dibeli. Banyak sangat benda pelik dan kreatif sampai rasa tertarik untuk mencuba.

Kalau korang nak pergi travel tapi bajet tak ‘meriah’, singgah Daiso. Keperluan travel korang akan dipenuhi. Macam macam ada di Daiso. Kalau beli di kedai khas melancong mungkin cecah sampai beratus, kalau beli di Daiso tah tah tak sampai RM100 pun. Jom tengok antara barang travel yang ada di Daiso!

Bantal Leher

Selalunya bantal leher akan digunakan masa dalam perjalanan ke destinasi. Tak kira naik bas ke kapal terbang ke kereta pun guna bantal leher untuk tidur. Disebabkan tengah travel, bantal leher jenis tiup paling berguna. Nak pakai, just tiup dalam bantal untuk isikan angin. Bila tak nak guna, kempiskan dan simpan dengan mudah!

 

Plastik Zipper

Nak bawa banyak baju tapi tak nak bawa beg besar. Beli je plastik zipper ni. Lipat baju elok elok, letak dalam plastik zipper dan gunakan vacum kecil untuk sedut angin dalam plastik. Beg korang akan ada ruang yang banyak.

 

Kunci

Keselamatan perlu diutamakan. Beli kunci atau ‘mangga’ beg korang. Terutama luggage. Tak kira kunci jenis gunakan nombor atau yang menggunakan kunci.

 

Beg Lipat

Pergi travel elok bawa beg extra, mana tahu terlebih shopping. Bawa beg yang boleh lipat dan simpan. Kalau korang terlebih barang, boleh gunakan beg tu. Tak perlu beli beg baru.

 

Penanda Beg

Kalau naik pengangkutan awam, peluang tersalah ambil beg atau tertukar beg sangatlah tinggi. Bukan senang nak cari semula. Untuk elak perkara ini berlaku, beli penanda beg yang mudah korang kenal beg sendiri. Tulis nama ringkas untuk membuktikan bahawa itu memang beg korang.

 

Sarung Tangan

Daiso pun ada sediakan sarung tangan untuk sesiapa yang merancang bercuti di tempat sejuk. Murah, comel dan yang penting tahan untuk kegunaan harian.

 

Pek Pemanas

Kalau rancang pergi tempat sejuk, pastikan korang bawa pek pemanas ni. Betul betul berguna, taklah kebas tangan kaki korang tu nanti. Untuk tangan, letak dalam sarung tangan atau poket. Kalau takut kaki sejuk, masukkan dalam stokin. Korang rasa lega.

 

Stylus Pen

Pakai sarung tangan, macam mana nak touch screen phone, kan? Walaupun murah, sesuai dengan kualiti korang boleh guna stylus pen ni untuk touch screen phone. Tak payah buka sarung tangan tu. Susah susah je.

 

Beg Sickness

Okay, ini penting kepada mereka yang mudah pening dan muntah. Mabuk laut ke, tak boleh jalan bengkang bengkok ke atau apa apa sahaja kemungkinan yang boleh buat korang muntah. Be ready!

 

Botol Silikon

Sangat makan ruang kalau bawa barang kosmetik atau alatan peribadi korang yang besar tu. Korang boleh gunakan botol silikon untuk isi sabun mandi, shampoo atau apa saja keperluan yang dibawa. Pastikan cukup sehingga tempoh percutian.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!