10 Makanan Yang Boleh Boost Imun Badan Korang - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

10 Makanan Yang Boleh Boost Imun Badan Korang

Farhana Syahirah
Share

Dalam dunia, lebih daripada 23 juta orang akan jatuh sakit setiap tahun hanya dengan memakan makanan yang tidak sihat. Dalam laporan yang lain, ada banyak virus yang berbeza dan lebih banyak berbanding bintang yang ada langit.

Bagi menjaga kesihatan badan agar tidak sakit, ada terdapat beberapa solution yang terbaik untuk bina imunisasi badan korang. Jom kita scroll ke bawah untuk ketahui makanan apa je yang mudah dicapai oleh korang.

1. Kacang Badam


Untuk pengetahuan korang khasiat kacang badam ini mempunyai nilai kalsium 1/4 cawan susu. Jadi, khasiat yang terdapat dalam badan ini sangat membantu korang untuk menjaga kesihatan secara natural. Menurut pengkaji, kacang badam dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh korang kerana ia kaya dengan vitamin E dan dalam pada masa yang sama, dapat menjaga gula dalam darah korang.

2. Biji Bunga Matahari


Boleh jadi jajan atau snack yang sihat untuk korang yang baru berjinak nak makan makanan yang sihat. Boleh ditemui di kedai runcit berdekatan korang je. Biji sunflower ini dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti Alzheimer dan jantung. Ia juga dapat membantu wanita yang mengandung untuk bantu bayi dalam perut berkembang dengan lebih sihat.

3. Betik


Kaya dengan antioksida, betik adalah pilihan yang sedap dan banyak khasiatnya. Antaranya ialah dapat mengurangkan risiko kanser dan menjaga pencernaan perut dalam keadaan terkawal.

4. Kiwi


Dengan vitamin C, vitamin K, dan vitamin E, kiwi dapat membantu penghidap asma dan menguatkan sistem imun mereka. Kiwi juga dapat mencegah keadaan seperti demam biasa dan selsema. Selain itu, ia juga dapat membantu pencernaan dan berfungsi sebagai perlindungan mata kita dari meningkatnya rabun.

5. Halia


Rempah yang korang jumpa kat dapur ini sangat membantu untuk kuatkan imun badan. Ia boleh menurunkan kolesterol, meredakan sakit period, dan meningkatkan kemampuan tubuh korang untuk melawan jangkitan secara keseluruhan.

6. Elderberi


Elderberi ini penuh dengan khasiat antioksida dan selalunya ia digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Beri berwarna ungu ini dapat melawan tekanan dan meningkatkan sistem imun korang.

7. Tiram


Bagi peminat makanan laut, Tiram ini memang bagus dalam list korang. Ia rendah kalori dan penuh dengan nutrisi. Tiram adalah sumber asid lemak dan protein omega 3 yang bagus. Makan tiram dapat boostkan lagi imun badan korang dan juga kurangkan risiko untuk terkena diabetes.

8. Bayam


Kalau pernah tengok kartun Popeye, mesti dah tahu dah kebaikan makan sayur bayam ini. Sayur ini ada sumber magnesium yang sangat bagus untuk kekalkan fungsi saraf, jantung, tekanan darah dan juga menjadikan otot korang kuat macam Popeye.

9. Tembikai


Tembikai bukan sahaja dapat menjaga kulit dan rambut korang dengan sihat, ia juga dapat improvekan pencernaan dan kurangkan keradangan dalam badan korang.

10. Buah-buahan Yang Kaya Dengan Vitamin C


Menurut laporan Doctor’s Formulas, vitamin C dapat tingkatkan sistem imun badan korang dengan 20 cara! Salah satu cara ialah, ia dapat menjaga sel darah putih korang, membunuh unwanted sel dan menambahkan pengeluaran antibodi korang.

So, Apa yang korang makan untuk tingkatkan imuniti badan korang?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!