10 Perkara Lelaki Suka Yang Perempuan Tak Tahu! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

10 Perkara Lelaki Suka Yang Perempuan Tak Tahu!

Share

Lelaki sering memenuhi kehendak pasangan, lelaki juga perlu tahu apa perkara yang tidak disukai pasangan. Kadang-kadang nampak macam tak fair pula. Perempuan juga perlu tahu apa perkara yang lelaki suka dan tidak suka. Janganlah pentingkan diri. Anda juga perlu ambik hati si dia untuk memelihara hubungan.

Lelaki memang mudah dan tidak serewet cuma perempuan jangan salah faham kehendak mereka. Baca 10 perkara yang lelaki suka yang perempuan tak terfikir pun.

Memulakan Perbualan

Perempuan selalu fikir kalau mulakan perbualan nampak macam terhegeh-hegeh. Kalau mulakan Whatsapp, nampak macam beria. Tahu tak sebenarnya lelaki suka jika perempuan memulakan langkah. Bukan setakat alam maya je, kalau di pejabat pun jangan malu menegurnya. Tak salah pun kalau perempuan mulakan, asyik lelaki je. Cubalah kelainan sikit.

Sukakan Senyuman

Lelaki suka perempuan senyum. Terubat segala pedih di hati. Lagi-lagi kalau perempuan ketawa. Yang perempuan pula janganlah ketawa sampai lupa diri. Sopanlah sikit. Bagi lelaki, senyuman perempuan adalah penawar kesedihan mereka. Jadi, kalau dating jangan tarik muka selalu. Stress teman lelaki korang!

Post Gambar

Ya, lelaki sebenarnya rasa terharu bila pasangan mereka post pasal diri dia di media sosial. Bukan perempuan je nak ditayang. Lelaki pun sama. Sekurang-kurangnya orang lain tahu yang anda sudah mempunyai pasangan. Tapi jangan terlalu kerap, ada orang menyampah pula nanti.

Peluk

Oh, tak perlu peluk 24 jam. Walaupun lelaki sukakan pelukan dari orang tersayang tapi jangan berlebihan. Mereka banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Peluk pasangan anda secara santai seperti semasa menonton movie, bermanja ketika berehat dan sebelum tidur. Mereka juga perlu rasa disayangi. Kan dah cakap lelaki sebenarnya manja.

Ambil Berat

Eh, lelaki pun nak bermanja-manja tau! Ingat lelaki takde perasaan ke nak mengadu nasib. Mereka juga perlukan kasih sayang seorang perempuan. Layanan yang lemah lembut, cakap baik-baik, jaga ketika mereka sakit. Walaupun teman lelaki anda garang, tapi jangan sangka si dia tak manja tau. Dalam hati mesti ada taman.

Luahan Perasaan

Opss! Bukan lelaki yang meluahkan perasaan tapi lelaki suka dengar pasangannya meluahkan perasaan. Lebih-lebih lagi mengenai rasa sayang anda pada dia. Lumrah lelaki suka mendengar dari bercakap, jadi sebagai perempuan gunakan lumrah anda yang suka bercakap tu. Jangan risau, mereka takkan bosan. Sekali-sekala mereka juga akan bercakap mengenai perasaan mereka terhadap anda. Sweet!

Update

Bila anda girls’ day out, teman lelaki anda sebenanrya risau cuma dia tidak mahu kongkong kehidupan anda. Jadi, kalau keluar lama sangat tak salah pun anda text dia sekali dua untuk memastikan anda selamat bersama kawan-kawan. Lelaki kalau dah sayang, kan?

Minta Tolong

Untuk nampak gagah perkasa, lelaki suka menolong pasangannya. Terutama di dapur. Walaupun bukan memasak, cuba anda minta tolong bukakan penutup botol pun mereka gembira. Mungkin nampak remeh tetapi mereka sebenarnya rasa dihargai dan memerlukan. Mereka akan buat apa sahaja untuk anda. Jangan malu untuk minta tolong.

Jadi Pendengar

Lelaki suka mendengar daripada bercakap tapi kalau dia sudah mula bercakap lebih baik anda jadi pendengar. Bukan setakat mendengar je, anda perlu faham cerita mereka. Lelaki tidak begitu bersikap terbuka terhadap perasaan mereka, kalau mereka mula bercerita bermakna ada hal penting yang perlu anda tahu.

Hargai

Perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’ sebenarnya penting ya. Hargai pasanga anda. Nampak mudah tapi besar maknanya. Pasangan anda penat kerja seharian, hilangkan penat mereka dengan masakan istimewa, beli hadiah atau paling mudah urut badan. Perkara seperti ini sebenarnya memberikan ‘bunga-bunga’ dalam perhubungan. Tidak perlu berbelanja banyak, cukup dengan menghargai pasangan anda. Eh, jangan lupa cakap I LOVE YOU!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!