10 Perkara Mengenai Warna Mata Yang Bongkarkan Diri Korang - Verst Bae & Beauty );

Type to search

10 Perkara Mengenai Warna Mata Yang Bongkarkan Diri Korang

Bae & Beauty Trend

10 Perkara Mengenai Warna Mata Yang Bongkarkan Diri Korang

Farhana Syahirah
Share

Korang nak tahu tak, fakta mengatakan bahawa 79% di dunia mempunyai mata berwarna coklat. Manakala 8% -10% lagi mempunyai mata biru, 5% mempunyai mata hazel, dan hanya 2% sahaja kat dunia ini yang mempunyai mata hijau.

Dan selain dari statistik ini, para penyelidik juga telah berusaha untuk mencari ciri keperibadian yang spesifik untuk setiap warna mata dan telah menemui beberapa corak umum. Jom kita scroll. 


1. Perempuan yang mempunyai warna mata yang lebih cerah biasanya boleh tahan sakit lebih baik berbanding yang mempunyai warna mata yang gelap.

Kajian
menunjukkan perempuan yang mempunyai mata berwarna hijau atau biru boleh menahan sakit atau tekanan lebih baik daripada perempuan yang mempunyai warna mata gelap seperti hitam, coklat atau hazel. Sewaktu mengandung atau bersalin, kumpulan pertama yang mempunyai mata berwarna cerah menunjukkan mereka kurang sakit.

Selain itu, dorang juga kurang mengalami kemurungan dan anxiety lepas melahirkan anak berbanding dengan kumpulan kedua yang mempunyai warna mata gelap yang mempunyai banyak pemikiran negatif.


2. Orang yang mempunyai warna mata coklat dianggap boleh dipercayai.

Ada juga kajian yang membuat tinjauan kepada 1016 responden lingkungan 16 hingga 35 tahun, hasil menunjukkan yang orang yang mempunyai mata coklat dianggap lebih cerdas dan baik. Selain itu, dorang juga cenderung sebagai orang yang boleh dipercayai.


3. Orang yang mempunyai warna mata biru dianggap menarik dan manis.

Kajian yang sama juga menunjukkan orang bermata biru dilihat dengan perspektif yang berbeza. Dorang sebenarnya lebih dianggap sebagai seorang yang baik hati dan manis.

Walaupun orang bermata coklat lebih dianggap kepada kecerdasan, mata biru juga digambarkan dengan cara yang sama oleh 7% responden dari kajian tersebut. Kontranya, mata biru dianggap lebih menarik secara fizikal.


4. Orang yang mempunyai warna mata hijau pula dianggap kreatif dan licik.

29% responden dari kajian mengatakan yang dorang yang bermata hijau sebagai orang yang paling menarik. Sebabnya, warna ini mengambarkan kreativiti dan seakan-akan licik. Jika dulu, orang menganggap mata hijau ini jahat di beberapa negara. Mungkin sebab jenis mata ini agak rare dan unik.


5. Lelaki yang mempunyai warna mata coklat cerah cenderung untuk mempunyai masalah psikiatri daripada perempuan dengan warna yang sama.

Satu lagi penemuan yang curious dari kajian yang sama ini menunjukkan lelaki berwarna coklat cerah dianggap kurang stabil sebanyak 64.47% berbanding wanita dengan warna mata yang sama.

Mereka dianggap lebih banyak masalah psikiatri lebih banyak berbanding orang yang berwarna mata coklat gelap atau hitam.

6. Wanita berwarna mata hitam boleh menjadi kurang bersosial dan berkeyakinan.

65.38% dari tinjauan sama juga mendapati wanita mata hitam tidak begitu bersosial. Selain itu, dorang mungkin kurang percaya diri dan bercita-cita berbanding lelaki dengan mata yang sama.

Responden lelaki dikatakan mempunyai watak yang lebih dinamik. Mereka cenderung panas baran, impulsif dan sukakan adventure yang berbahaya.

7. Orang bermata biru dilihat lebih suka mencuba perkara baru.

Orang bermata biru ini pula dianggap lebih penyayang, ekspresif dan mempunyai percaya diri yang tinggi. Dorang juga suka mencuba perkara-perkara baru, buat kenalan baru, sukakan cabaran dan banyak melakukan aktiviti yang sihat.

8. Orang bermata hazel boleh perform dengan baik dalam tekanan.
50.7% orang bermata hazel menunjukkan boleh perform dengan baik semasa stress atau dalam pressure. Dorang sangat passionate dengan pekerjaan. Mata hazel dan hijau dianggap paling menarik pada lelaki untuk wanita walaupun terdapat stereotaip mengenai mata biru.


9. Orang bermata hijau lebih optimistik mengenai masa depan dorang.

Mata hijau  didominasikan dalam kategori yang suka tetapkan matlamat, bersikap optimis dengan masa depan dorang, dan bersemangat dengan pekerjaan sama macam mata hazel.

Selain itu, sebanyak 65.9% orang bermata hijau suka set life goals dan 48% lagi suka menderma bagi tujuan yang dorang rasa penting.


10. Orang bermata coklat lebih suka menjalani kehidupan dorang sepenuhnya.

36.5%  yang bermata coklat cenderung buat satu perkara: menjalani kehidupan dorang sepenuhnya. Dorang juga seimbang dalam membuat eye contact dengan mudah – berguna di tempat kerja, sama seperti orang bermata hijau.


So, apa warna mata korang? Apa warna mata yang korang nak jika dapat satu?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!