10 Tanda Korang Mengalami Fasa 'Burnout' & Cara Atasinya Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

10 Tanda Korang Mengalami Fasa ‘Burnout’ & Cara Atasinya

Share

Sejak akhir-akhir ini, pandemik yang melanda negara kita, kes terus meningkat hingga ke empat digit. Hal ini juga membuatkan emosi masyarakat tertekan dan gelisah juga semakin tinggi.

Menurut kajian, 70% rakyat Malaysia mengalami tekanan disebabkan ketidaktentuan ekonomi global. Ini menggambarkan setiap individu yang mengalami tekanan akan rasa ‘burnout’ dalam jangkamasa panjang hingga prestasi kerja menurun. Bukan itu sahaja, pelajar peringkat IPT juga tidak terkecuali dalam gejala ini.

Bae & Beauty akan beritahu apakah tanda-tanda ‘burnout’ yang korang alami dan cara untuk atasinya.

1. Keletihan


Tanda keletihan yang ketara ialah bila korang sentiasa rasa letih sepanjang masa dan boleh wujud dalam bentuk emosi, mental dan fizikal.

2. Motivasi diri menurun


Bila korang tak lagi rasa semangat untuk buat sesuatu dan tiada motivasi untuk buat kerja juga ialah petanda korang ‘burnout’. Paling ketara, korang susah untuk bangun pagi dan bersiap ke pejabat atau ke kelas setiap hari.

3. Kecewa, pesimis dan emosi negatif yang berkaitan


Selalu rasa perkara harian yang di buat tak lagi penting untuk korang fikir, selalu rasa kecewa tanpa sebab, sentiasa berfikiran negatif dan korang sedar yang korang sedang jadi lebih negatif berbanding dulu.

4. Masalah kognitif


‘Burnout’ dan tekanan yang kronik boleh mengganggu kemampuan korang untuk bagi fokus dan tumpukan perhatian. Bila dalam keadaan tertekan, perhatian akan menjadi semakin sempit kerana terlampau fikirkan perkara negatif yang dianggap sebagai ancaman pada diri sendiri. Kesannya, boleh menyebabkan kurang sukar untuk selesaikan masalah dan boleh jadi pelupa sebab sukar untuk ingat sesuatu.

5. Prestasi kerja merosot


Paling ketara bila korang mengalami ‘burnout’ ialah bila prestasi kerja korang semakin menurun dari yang sebelumnya. Jika ‘burnout’ dalam jangkamasa yang panjang, cenderung untuk jadi lebih kronik.

6. Masalah interpersonal di rumah dan tempat kerja


Cenderung berlaku dalam salah satu dari dua cara:

A) Korang lebih banyak konflik dengan orang lain dan selalu bergaduh atau,
B) Korang mula mengasingkan diri, kurang bercakap dengan ahli keluarga, rakan sekerja atau rakan-rakan.

7. Tak menjaga diri korang


Bila alami ‘burnout’, ada di antara anda yang akan melakukan perkara yang tak sihat seperti makan ‘junk food’, merokok, ‘vaping’, tak cukup makan atau tidur. Paling ketara untuk wanita, bila dah dah mula jarang buat penjagaan kulit. Terlalu bergantung pada ubat untuk hilangkan tekanan jika salah satu tanda.

8. Sibuk fikirkan tentang kerja, walaupun tidak berada di pejabat


Walaupun korang mungkin tak bekerja pada waktu tertentu, korang mungkin habiskan tenaga mental dengan fikirkan kerja dan ganggu kemampuan untuk pulih dari tekanan.

9. Kepuasan secara umum makin merundum


Kecenderungan ini ialah rasa kurang senang dan tak puas dengan kerjaya dan juga kehidupan korang. Korang mungkin rasa tersekat bila menghadapi apa sahaja yang berlaku di rumah, di komuniti atau dengan aktiviti sosial korang.

10. Masalah kesihatan


Dalam jangka masa yang panjang, ‘burnout’ kronik yang serius dapat menimbulkan masalah kesihatan yang nyata seperti masalah pencernaan, penyakit jantung, kemurungan dan kegemukan.

Cara Atasi ‘Burnout’

Kalau korang sudah ada tanda-tanda yang sudah dinyatakan di atas, korang perlu atasi masalah ini dengan segera. Ini antara kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi ‘burnout’:

1. Mulakan hari dengan senyuman
2. Mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup
3. Merehatkan diri dan bercuti daripada kerja
4. Mencuba sesuatu atau aktiviti baru yang menyeronokkan
5. Belajar cara untuk mengurus tekanan dan mengurus masa dengan berkesan

Walaupun sudah ada kerjaya atau pendidikan, kesihatan mental juga harus dititikberatkan kerana kegembiraan dalam menjalani kehidupan juga satu nikmat. Kehidupan korang sebagai seorang manusia adalah sangat berharga, lagi-lagi korang wanita. Jaga kesihatan dan cepat pulih dari ‘burnout’ okay!

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia 

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!