10 Tips Berkesan Untuk Lawan Rasa Lapar Disebabkan 'Anxiety' & Stress Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Makan Sihat

10 Tips Berkesan Untuk Lawan Rasa Lapar Disebabkan ‘Anxiety’ & Stress

Share

Di kehidupan yang moden ini, aktiviti harian mudah membuat kita rasa tertekan dan gelisah setiap masa. Paling tidak pun, bila kita rasa cemas atau sedang menunjukkan gejala masalah kesihatan mental, kita akan beralih untuk makan lebih banyak daripada biasa.

Secara tak langsung, gaya pemakanan yang tidak sihat ini akan memburukkan lagi keadaan diri. Pada saat ini, makanan boleh menjadi musuh ketat kita.

Jom kita lihat beberapa tips atau petua yang mudah dan berkesan untuk elakkan korang makan berlebihan ketika sedang dalam keadaan tertekan dan kegelisahan pada waktu yang sukar.

1. Kunyah gula-gula getah


Mengunyah gula-gula getah adalah ubat yang sangat berkesan utnuk kurangkan tekanan. Bila korang dah mula rasa stress atau tertekan, korang boleh kunyah chewing gum tanpa gula untuk bantu korang tetap tenang dan fokus. Menurut kajian, kunyah gula-gula getah dapat mengurangkan pengambilan kalori harian dan meningkatkan jumlah tenaga yang korang bakar setiap hari.

2. Minum teh


Nafsu makan memang kadang-kadang boleh jadi musuh untuk korang kerana berjaya tipu menipu otak kita mengatakan kita sentiasa lapar. Jadi, setiap kali korang rasa anxiety datang dan buat korang berlari ke peti ais untuk capai makanan, teh memang pilihan yang terbaik untuk tenangkan korang secara semula jadi. Bukan saja ia dapat bantu untuk sentiasa santai, malah dapat menghilangkan toksin dan turunkan berat badan.

3. Say ‘No’ untuk minuman tinggi gula, soda dan mengandungi kafein


Kopi, air gas atau apa-apa jenis minuman yang mengandungi perkara di atas, memang umumnya adalah musuh korang jika sedang dalam keaadan tertekan dan gelisah. Sebabnya, bahan tersebut meningkat adrenalin atau boostkan lagi stress dan anxiety dalam badan korang. Sebab itu, kopi tak digalakkan untuk minum pada waktu tengahari. Minuman yang bagus ialah secawan teh atau segelas limau/lemon.

4. Makanan pedas, tetapi bukan setiap hari


Ada beberapa kajian yang mendakwa jika letak sedikit cili ke dalam makanan, boleh mengurangkan selera makan korang. Ini kerana makanan berasaskan cili dapat buat perut rasa kenyang dan bakar lebih banyak kalori. Sebab itu korang akan rasa berpeluh bila makan makanan pedas. Kiranya senaman ketika makan. Tapi take note, tak digalakkan makanan pedas setiap hari. Risau penyakit lain pula yang datang nanti.

5. Elakkan warna merah atau kuning dalam makanan


Korang tahu tak yang sebenarnya warna bagi pengaruh besar dalam selera korang? Perasan tak kenapa korang akan terliur bila tengok iklan makanan dekat sosial media atau tv? Jadi itulah sebab utama – warna main peranan. Warna merah atau kuning selalunya aka cetuskan satu mekanisma dalam otak kita yang buat kita rasa lapar dan akan cetuskan korang nak makan lagi bila tengah stress atau tertekan.

6. Makan makanan yang tolong korang hasilkan hormon ‘happy’


Serotonin dikenali sebagai hormon gembira yang bertanggungjawab untuk kawal mood dalam tubuh badan kita. Jadi, bila tahap serotonin rendah, kita cenderung untuk rasa tertekan dan tak stabil dari segi emosi. Sebab itu nafsu makan akan membuak naik masa emosi tak menentu. Untuk seimbangkan serotonin ini, Bae & Beauty cadangkan yang korang boleh cuba makanan yang kaya dengan triptofan – nenas, bayam, alpokat dan buah plum.

7. Makan roti dengan minyak zaitun waktu sarapan


Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai makanan, pagi-pagi kalau tak makan nasi lemak atau roti canai, memang tak sah. Tapi, ada satu kajian beritahu yang makanan yang kaya dengan lemak tak tepu – avocado, alpukat, minyak zaitun dan kekacang, dapat bantu otak korang yang korang dah cukup makan. Jadi, kalau tengah stress dan anxiety, digalakkan makanan roti dengan letak sedikit minyak zaitun ketika sarapan untuk bantu kurangkan emosi negatif itu.

8. Aktifkan hidung korang dengan aroma bau pudina


Terdapat bukti yang menunjukkan, aroma pudina membantu untuk kurangkan selera makan dan bantu korang untuk kurangkan kalori di siang hari. Bila setiap kali stress dan anxiety, korang boleh hirup bau pudina untuk bantu korang kurangkan nafsu makan ketika di waktu emosi yang negatif.

9. Makan makanan yang sihat ketika anxiety


Sekiranya korang masih lagi susah nak kawal nafsu makan semasa tertekan dan gelisah, korang boleh cuba makan makanan yang sihat. Contoh, kalau untuk snack or jajan, korang boleh tukar kepada makan kekacang – hazel atau walnut

10. Luangkan masa makan 20 hingga 25 minit


Kalau ikut sunnah Rasulullah S.A.W, baginda akan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Masa mengunyah pun, baginda akan mengunyah dengan perlahan dan tidak gelojoh. Jadi, walau sesibuk mana pun korang, luangkan sedikit masa makan untuk mengunyah dengan perlahan dan secara tak langsung perut ada masa yang cukup untuk beri signal kepada otak dalam lingkungan waktu tersebut. 

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!