4 Cara Memilih Kasut Tinggi Yang Selesa Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

4 Cara Memilih Kasut Tinggi Yang Selesa

Share

Bukan hari-hari anda memakai kasut tinggi. Mungkin pakai bila perlu seperti di majlis rasmi, makan malam formal atau menjadi raja sehari.
Pemilihan kasut tinggi yang selesa sangat penting agar tidak merosakkan ‘mood’ anda sepanjang majlis berlangsung.

Banyak masalah berlaku apabila memakai kasut tinggi yang tidak sesuai seperti tumit sakit, jari melecet, material kasut terlalu keras dan sebagainya.

Anda boleh atasi masalah ini dengan mengikuti tips memilih kasut tinggi.

Ketinggian Yang Bersesuaian
Semakin tinggi tumit kasut, semakin cantik kepada si pemakai. Sebelum anda membeli kasut tinggi pastikan anda pandai mengimbangi diri.

Jika anda tidak biasa dengan kasut tinggi, jangan pilih kasut yang terlalu tinggi membuatkan anda berasa kekok.


Anda boleh berlatih memakai kasut berinci-inci sebelum anda membeli.

Keselesaan
Jika anda berada di majlis rasmi, mungkin anda tidak akan bergerak banyak dari tempat duduk.

Tetapi jika anda menjadi raja sehari anda akan banyak berdiri, berjalan untuk sesi fotografi dan melayan tetamu.

Pilih kasut mengikut keselesaan dan jangan biarkan kaki anda melecet dan sakit pada hari bersejarah.

Elakkan menanggal kasut dan mengharapkan baju pengantin menutupi kaki ayam anda.

Material
Punca sebenar kaki anda sakit ketika memakai kasut tinggi adalah material kasut.

Jangan memilih kasut yang diperbuat daripada plastik, ia akan menyebabkan kaki berpeluh dan melecet.

Pilih kasut yang diperbuat daripada kulit atau fabrik seperti satin, silk atau lace.


Jangan pilih kasut kerana cantik sahaja kesihatan kaki perlu dijaga.


Anda boleh letak pelapik jenis fabrik ‘suede’ di bahagian belakang kasut atau kusyen tapak kaki yang mengandungi gel.

Jangan Beli Atas Talian
Bukan mudah mencari keselesaan, saiz dan potongan kasut tinggi yang sesuai. Anda perlu cuba dahulu sebelum membeli.

Jangan sesekali mengambil risiko membeli kasut tinggi secara atas talian.

Cuba kasut tinggi dengn saiz yang betul dan mempunyai ruang di hujung jari kaki.

Pilih kasut yang tidak simpit dan terhimpit di bahagian jari. Jika kasut terlalu sempit bentuk tulang kaki akan rosak.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!