4 Kelebihan Menggunakan Warna Pastel Dalam Rumah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

4 Kelebihan Menggunakan Warna Pastel Dalam Rumah

Share

Warna pastel adalah warna-warna lembut yang terhasil daripada campuran warna biasa dengan warna putih. Sejak kebelakangan ini, warna pastel sentiasa menjadi pilihan. Baju, tudung, kasut dan macam-macam lagi. Bukan sesuai untuk kaum perempuan je, malah lelaki pun sesuai pakai warna lembut macam ni. Nampak kemas dan sweet!

Sebenarnya warna pastel juga menjadi pilihan untuk cat dinding rumah. Warna ini menyerlahkan lagi personaliti anda dan yang penting evergreen. Takkan jemu mata memandang. Apa bestnya warna pastel ni?

Mood

Warna dinding sangat mempengaruhi mood seharian anda. Masuk je rumah, nampak kemas dan lapang. Semestinya anda tenang dan tak serabut. Kalau cat rumah terlalu terang, anda akan merasakan kehangatan, jika cat gelap pula rumah nampak sempit dan rimas! Jadi, kesan warna pastel pada diri anda sangat mendamaikan. Orang pun suka datang.

 

Keluasan

Macam tadi, kalau gelap nampak sempit. Pemilihan warna pastel menjadi alternatif agar ruang nampak luas dan lapang. Anda juga tidak kusut memandang setiap ruang di rumah.

 

Menampakkan Perabot

Kenapa ramai memilih warna pastel? Sebab tona warna ini sangat simple dan ringan. Anda bebas membeli atau menggunakan perabot. Keunikan perabot yang anda gunakan akan lebih jelas. Barulah tak menyesal beli perabot mahal.

 

Romantik Dan Feminin

Warna pastel memang synonym dengan girlish. Tambah pula hiasan floral dan natural. Warna lembut mewujudkan kesan romantik dalam ruang rumah anda. Sejuk je. Tapi untuk nampak lebih macho, si lelaki bolehlah hias dengan corak bermotifkan geometri, garisan atau apa-apa yang bersesuaian dengan jiwa. Kombinasikan dengan warna bertona gelap.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!