5 Gaya Buat Lelaki Rasa 'Pelik' Kenapa Perempuan Suka Pakai - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

5 Gaya Buat Lelaki Rasa ‘Pelik’ Kenapa Perempuan Suka Pakai

Avatar
Share

Ada beberapa perkara yang lelaki tak suka tengok pada perempuan lagi lagi pasangan dia buat. Nak tegur nanti merajuk kalau tak tegur sakit mata memandang.

So, ketahui perkara yang lelaki rasa ‘pelik’ kenapa perempuan pakai macam tu. Sebelum si dia tengok korang atas bawah dengan pandangan yang tak puas hati, baik korang tukar!

Kuku Palsu

Rasanya bukan lelaki je tak suka, ada juga sesetengah perempuan rimas tengok kuku terlalu berhias dan panjang. Jari sentiasa dikawal dan nampak tak selesa. Makan pun susah apa lagi nak meneruskan aktiviti harian. Rasanya lebih elok warnakan saja daripada hias kuku yang panjang dan berbunga bunga.

 

Bulu Mata Palsu

Boleh pakai bulu mata palsu tapi bukan yang terlalu tebal dan berat. Ah! Sakit mata tengok orang pakai bulu mata ni. Lelaki akan tertarik dengan mata perempuan, tapi kalau bulu mata berat sangat, macam mana nak tertarik? Nak tengok pun tak larat.

 

Kasut Wedges

Maksud ‘cantik’ pada setiap orang berbeza tapi mesti ramai yang tak setuju dengan kasut wedges atau kasut bertapak tinggi. Bukan heels, kasut kalau ala ala sporty tapi tinggi. Tak sesuai, elakkan pakai, okay?

 

Heavy Make Up

Make up terlalu tebal! Nak keluar dating atau jalan jalan pastikan make up harian biasa. Bukan make up macam nak buat fashion show. Lelaki akan judge korang! Memanglah make up bukan untuk memuaskan hati lelaki tapi janganlah over sangat.

 

Lipstik Merah

Lipstik merah ni kalau pakai sekali sekala nampak hot dan seksi tapi kalau pakai hari hari nampak bosan dan ‘tua’. Zaman sekarang lebih suka minimalis, make up yang simple dan warna yang lebih semula jadi. Cuba tukar gaya pakai lipstik yang tak terang sangat sebenarnya nampak lebih seksi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!