5 Menu Mudah Untuk Penyediaan Air Detoks - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

5 Menu Mudah Untuk Penyediaan Air Detoks

Share

Sudah bosan dengan mengamalkan minum air kosong 2 liter sehari? Tidak salah jika anda ingin menambah ‘perisa’ dalam botol minuman anda. Anda boleh menyediakan minuman detoks di rumah.

Air detoks sangat membantu untuk menghilangkan berat badan secara selamat dan sedap. Detoks adalah air kosong dengan campuran buah-buahan atau herba yang membantu membuang toksin dalam badan dengan lebih cepat berbanding minum air kosong sahaja.

Jadikan diet anda lebih menarik dan menyelerakan. Mari sediakan detoks anda menggunakan bahan di rumah.

Timun

Timun berfungsi sebagai penghidrasi semula atau pemulihan dalaman. Untuk mengelakkan rasa timun yang terlalu kuat, campurkan sedikit daun pudina dan perahan lemon.

Sediakan di dalam botol dan anda boleh menikmati sepanjang hari.

Halia

Halia sememangkan boleh membuang angin dan mengurangkan berat badan dengan mudah. Sama seperti detoks timun juga, hiriskan halia di dalam air dan campurkan dengan daun pudina dan perahan lemon.

Selain itu, anda boleh letakkan halia dalam menu hidangan seharian anda.

Raspberry

Buah raspberry mempunyai sifat pembersihan. Mengamalkan minum air raspberry membantu memudahkan proses pencernaan. Anda juga boleh campurkan daun pudina untuk dapatkan rasa kesegaran pada hari-hari anda.

Gabungan dua bahan ini menjadikan badan anda lebih ringan dan bertenaga.

Tembikai

Salah satu kebaikan tembikai adalah mengandungi lycopene, iaitu antioksidan yang tinggi untuk membantu mengurangkan keradangan. Selain itu, tembikal juga mempunyai asid amino untuk melancarkan pengaliran darah.

Untuk menjimatkan masa, selain anda kisar untuk mendapatkan jus, anda hanya perlu memotong tembikai untuk dicampurkan ke dalam air minuman anda. Mudah dan cepat.

Slim Detox Water

Antara minuman detoks yang paling terkenal. Campuran timun, buah pamelo merah, daun pudina dan perahan lemon atau buah citrus. Biarkan selama 2 jam sebelum minum. Campuran bahan ini menghasilkan minuman yang membantu melembapkan sistem dalaman badan dan melancarkan proses pencernaan.

Buah pamelo merah mengandungi enzim pembakar lemak dan lemon atau buah citrus menyembuhkan sistem pencernaan. Daun pudina bertindak sebagai penyegar dan melegakan perut.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!