5 Perkara Penting Lelaki Tengok Pada Perempuan Sebelum Melamar Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 Perkara Penting Lelaki Tengok Pada Perempuan Sebelum Melamar

Share

Memilih pasangan adalah perkara yang penting dalam kehidupan. Lagi-lagi hidup bersama hingga akhir hayat. Sebenarnya apa yang lelaki selalu pandang kepada perempuan sebelum membuat keputusan untuk melamar?

Walaupun setiap orang taste lain lain. Tapi ini antara list yang penting. Lelaki akan tengok 5 perkara ini dahulu. Lepas lulus semua ni, baru dia akan buka langkah untuk lebih jauh.

Rupa

Biasalah sebagai manusia perkara pertama yang dilihat adalah rupa. Tipulah kalau tak tengok paras rupa. Paling tidak lihat dari segi kekemasan, kebersihan diri, pakaian dan gaya. Jadi, tak boleh dinafikan lagi rupa adalah perkara utama yang dilihat.

 

Bentuk Badan

Bentuk badan mengikut taste masing masing. Ada yang suka tinggi lampai, yang sedang sedang, macam macamlah. Dari pandangan lelaki, bentuk badan memainkan peranan. Sedap mata memandang adalah kriteria utama selepas tengok paras rupa. Tapi, ada sesetengah lelaki, tengok body shape dulu baru tengok muka. Haa, gitu.

 

Memahami

Lelaki cari perempuan yang memahami. Kalau cantik, comel tapi jenis tak memahami atau tidak bersefahaman, tak jadi juga. Buat serabut kepala dia je. So, kalau mereka jumpa perempuan yang memahami, dengan rela hati si dia akan jadikan korang suri hati.

 

Percakapan

Topik dan cara bercakap pun lelaki judge. Disebabkan lelaki kurang bercakap, mereka akan tertarik dengan perempuan yang suka bercakap. Bercakap tau, bukan membebel! Nak pula topik yang dibincangkan ‘kena’ dengan jiwa dia. Lagi mudahlah lelaki cair.

 

Harta

Opps! Bukan nak jadi pisau cukur tapi lelaki lihat harta bukan dari segi simpanan wang. Pandangan lelaki tehadap harta wanita adalah maintenance perempuan itu. Sejujurnya, lelaki lebih tertarik jika perempuan yang biasa sahaja berbanding terlalu berharta kerana tidak berani nak dekat! Crush dari jauh jela.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!