5 Rahsia Kecantikan Dari Buah Kurma - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

5 Rahsia Kecantikan Dari Buah Kurma

Avatar
Share

Korang makan buah kurma masa puasa saja atau makan setiap hari? Kebanyakan orang makan kurma ketika puasa sahaja. Siapa yang makan setiap hari mesti korang cantik, kan?

Kita semua tahu buah kurma mengandungi banyak khasiat penting tapi kenapa makan masa puasa saje? Nutrisi dan vitamin buah kurma memberi banyak kebaikan pada badan terutama untuk kecantikkan. Hari ini boleh beli kurma untuk dimakan setiap hari!

Awet Muda

Ada sebab mengapa kurma baik untuk dimakan setiap hari. Bukan setakat mampu menjaga kesihatan malah boleh kekalkan awet muda. Siapa tak nak nampak muda sentiasa, kan? Antioksidan yang terkandung dalam buah kurma bantu membaiki sel badan. Amalkan makan buah kurma sekurang kurangnya dua kali sehari.

 

Penjagaan Rambut

Haa, kurma boleh melambatkan rambut daripada beruban! Vitamin B5 juga boleh menjaga kesihatan rambut. Ia mengurangkan masalah rambut seperti rambut bercabang, mudah putus dan kering. Makan kurma membuatkan akar rambut lebih kuat.

 

Kulit Berseri

Korang mesti nak kulit berseri walaupun tanpa make up. Untuk kulit yang glowing memerlukan vitamin A dan B5. Khasiat dua vitamin ini adalah untuk membuang sel kulit mati, mencerahkan dan membaiki sel kulit rosak.

 

Lembutkan Kulit

Kurma mengandungi vitamin A, C dan E yang boleh membantu melembutkan kulit. Selain dimakan, korang boleh buat mask kurma. Hancurkan beberapa biji kurma dan sapu pada muka, biarkan beberapa minit. Lakukan mask kurma seminggu sekali.

 

Cegah Rangsangan Kulit

Kalau kulit korang jenis sensitif, makan buah kurma secara konsisten. Kandungan nutrisi dalam buah kurma membantu elakkan kemerahan dan gatal pada kulit.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!