5 Sebab Perempuan 'Cair' Dengan Lelaki Pandai Bermain Gitar - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

5 Sebab Perempuan ‘Cair’ Dengan Lelaki Pandai Bermain Gitar

Share

Perempuan ‘cair’ dengan lelaki yang sweet, romantik, nampak relax dan boleh buat banyak benda. Tidak ada lagi perempuan benci jika lelaki pandai mengambil hatinya. Selain daripada memberi perhatian dan melayan kerenah perempuan, ada cara lain yang lebih menarik dan tidak semua lelaki mampu membuatnya. Cara ini pasti membuatkan perempuan mudah jatuh hati.

Kebanyakan perempuan suka lelaki yang pandai bermain alat muzik. Tidak kisah alat muzik apa sekali pun, pasti dapat menawan hatinya. Selalunya lelaki pandai bermain gitar. Gitar adalah salah satu alat muzik yang membuatkan hati wanita ‘cair’. Akan bertambah sayang jika lelaki tersebut mempunyai suara yang sedap. Main gitar sambil menyanyi, alahai..

Aura

Aura lelaki yang pandai bermain gitar agak istimewa. Lelaki yang mempunyai bakat seperti ini mempunyai stail, cita rasa dan pandangan tersendiri. Sebab itulah perempuan lebih terpikat dengan lelaki pandai main gitar!

Teliti

Bermain gitar perlu ada skill. Skill asas pun sudah memadai. Kepada lelaki yang boleh bermain gitar dikatakan lebih teliti dan fokus. Mereka cekap dengan setiap petikan tali gitar. Dengan ini, mereka boleh mendengar dan berkongsi masalah dengan anda. Mereka juga dikatakan mudah dibawa berbincang.

Cool

Lelaki yang boleh bermain gitar nampak lebih cool dan relax. Tengah duduk bersantai, bila si dia mula bermain gitar, pasti dapat menarik perhatian. Mereka juga tidak mudah marah kerana mereka akan melepaskan perasaan dengan bermain gitar. Lagu yang dimainkan mengikut mood mereka sendiri.

Sweet

Memang lelaki yang pandai bermain gitar terus nampak sweet. Tidak perlu lebih-lebih cukup memujuk anda dengan petikan gitar boleh buat anda tersenyum. Lelaki yang pandai bermain gitar juga dikatakan berjiwa lembut dan sentimental. Mereka lebih memahami dan peka terhadap perasaan anda.

Romantik

Bertuah kepada anda yang mempunyai pasangan yang pandai bermain gitar. Mereka mempunyai sifat romantik. Kadang-kadang masa tengah on the phone bersama anda, si dia menyanyi sambil bermain gitar. Ada juga yang mempunyai bakat untuk menulis lirik lagu khas untuk anda! Memang ‘cair’lah!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!