5 Sebab Yang Boleh Berlaku Bila Korang Stop Pakai Makeup Verst Bae & Beauty );

Type to search

5 Sebab Yang Boleh Berlaku Bila Korang Stop Pakai Makeup

Bae & Beauty Sihat

5 Sebab Yang Boleh Berlaku Bila Korang Stop Pakai Makeup

Share

Sejak tahun ini dah banyak luangkan masa di rumah, mesti dah rasa selesa habis kalau tak pakai makeup langsung.

Pada masa yang sama, mesti ada di antara korang yang sudah mula berjinak dengan penjagaan muka dan mula memakai produk-produk yang menyihatkan kulit muka korang.

Bae & Beauty akan kongsikan apa je yang boleh berlaku bila korang dah mula berhenti memakai makeup dan bagaimana ketiadaan make-up boleh menjadi keyakinan diri korang kembali terserlah.

1. Otak korang akan berhenti berfikir yang naked face korang adalah muka orang lain.


Sebuah kajian dari Kanebo Cosmetics, mendedahkan yang saat sebelum perempuan letak makeup dekat muka dorang , dorang rasakan yang dia tengah jadi orang lain bila pakai makeup.

Tetapi bila dah apply makeup, dorang merasakan seolah-olah berwajah baru walaupun itu muka dorang sendiri.

Ini menunjukkan yang perempuan bersolek melihat diri dorang sebagai mewakili dari true-self dorang serta dalam hubungannya dengan orang lain.

2. Kulit korang akan jadi lebih tahan lasak dengan sun damage.


Beberapa produk makeup mengandungi bahan yang boleh menjadikan bahagian atas kulit korang kering dan mengelupas. Contoh, retinol disyorkan guna pada waktu malam untuk mengelakkan risiko kerosakan akibat sinar matahari pada kulit.

Yang lain adalah hidrokuinon , yang boleh didapati di serum wajah yang digunakan untuk menjadikan warna kulit lebih sekata. Ia juga menjadikan kulit lebih tahan lasak terhadap sinaran UV yang berbahaya.

Bila korang dalam keadaan naked face, pakai sunblock atau sunscreen sahaja sudah memadai untuk buat kulit muka tahan lasak daripada sun damage.

3. Korang kelihatan lebih muda


Sekiranya korang pakai makeup, korang mungkin diminta untuk mengesahkan usia korang oleh pegawai polis, atau masa remaja lagi korang dah mula pakai makeup untuk nampak lagi tua dari kawan-kawan korang.

Satu kajian mendakwa yang alat solek menjadikan wanita berusia kelihatan lebih muda , tetapi wanita muda pula kelihatan lebih tua bila memakainya.

Lebih-lebih lagi, kebanyakkan orang cenderung mengaitkan penggunaan makeup dengan orang dewasa , jadi ketika korang memakai makeup, orang lain secara tidak sedar menganggap korang lebih tua daripada yang sebenarnya.

4. Penampilan semula jadi korang menjadikan korang kelihatan lebih ramah di mata orang lain.


Nancy Etcoff, seorang penolong profesor klinikal di Harvard Medical School, mendakwa yang muka tanpa solekan akan kelihatan lebih dipercayai oleh orang lain daripada muka bermakeup yang agak dramatik.

Sebab itu, kalau korang nak dapatkan kepercayaan dan menjalin hubungan mesra dengan orang lain, makeup ternyata lebih bersifat musuh.

5. Orang akan melihat siapa korang dan bukan apa yang korang pakai di muka.


Survey di internet mengatakan yang beberapa wanita telah mendedahkan yang dorang diperlakukan secara berbeza oleh orang lain ketika dorang memakai alat solek berbanding ketika tidak memakainya.

Dorang mengatakan bahawa orang lain sering menyangka dorang adalah seorang yang perempuan curang atau pisau cukur, dan terkejut dengan keperibadian dorang yang sebenarnya selepas itu.

Oleh itu, kalau korang kebetulan dilihat berbeza ketika korang memakai alat solek, naked face korang boleh membantu hentikan anggapan ini pada penampilan luar korang.

Bagaimana perasaan korang ketika tidak memakai sebarang solekan? Adakah korang menyedari ada perubahan dalam komunikasi korang dengan orang lain bila korang tak memakai makeup berbanding ketika korang memakainya?

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!