Selebriti-Selebriti Wanita Ini Antara Yang Berjaya Dalam Perniagaan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Selebriti-Selebriti Wanita Ini Antara Yang Berjaya Dalam Perniagaan

Share

Artis di Malaysia semuanya mempunyai bakat besar dalam bidang masing-masing.

Selain melayari kejayaan dalam industri, mereka juga berani mengambil risiko dan sanggup menghadapi cabaran dalam bidang perniagaan.

Kebanyakkan artis di negara kita mempunyai ‘empayar’ yang cukup hebat.

Malah ada yang dikenali di seluruh dunia kerana mempunyai strategi dan bijak berunding.

Kenali selebriti Malaysia yang berjaya merangkul gelaran usahawan untuk dijadikan sebagai inspirasi.

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

‘Sweet heart’ Malaysia yang sopan dan disayangi oleh setiap orang.

Beliau aktif dengan SimplySiti yang bermula pada 2010.

Produk utama yang dikeluarkan adalah alat solekan, penjagaan kulit dan minyak wangi.

‘Tagline’ SimplySiti sesuai dengan personaliti beliau iaitu ‘Rahsiaku Kini Milikmu’.

Beberapa anugerah telah dinobatkan kepada beliau dalam bidang perniagaan.

Sebagai contoh, Malaysia’s Strongest Brands (Kecantikan) di Malaysia’s Strongest Brands Award 2016 dan Anugerah Jenama Harapan di The BrandLaureate – SMEs Chapter Awards 2011.

Kini beliau melancarkan jenama pakaian ‘ready to wear’ yang diberi nama Creacion By Siti Nurhaliza.

Neelofa
Naelofar Hijab adalah pemilik kepada pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor.

Beliau memulakan perniagaan tudung pada 2014.

Tidak lama kemudian jualan Naelofar Hijab telah menembusi pasaran dunia seperti Amerika, London, Australia, Brunei dan Singpura.

Neelofa sememangnya dikenali dengan ‘beauty with brain’.

Dengan kebijaksanaan beliau, Naelofar Hijab pernah mencecah sehingga RM1.3 juta.

Beliau tersenarai dalam ’30 Under 30’ oleh Forbes bersama Vivy Yusof kerana kejayaan beliau dalam perniagaan sebelum memasuki umur 30 tahun.

Naelofar Hijab kini mempunyai lebih 400 stokis di dalam dan luar negara.

Mila Jirin
Sebelum ini dikenali sebagai Juara Akademi Fantasia Musim 5.

Mila Jirin menyepikan diri dalam industri hiburan.

Tetapi diam-diam ubi berisi, Mila kini bergelar jutawan dengan perniagaannya Bizmilla Catering yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan termasuk Bizmilla Wedding Hall, dan Bizmilla Trading yang memasarkan baju pengantin.

Selain itu, beliau mempunyai restoran Embun Urai yang terletak di Tasik Prima Puchong.

Mila mengambangkan perniagaannya kepada BIizmilla Travel & Tours yang memberi perkhidmatan dalan urusan Umrah dan Haji.

Walaupun Mila kini bergelar jutawan, beliau telah mengharungi pelbagai kegagalan.

Mila pernah mengeluarkan produk kecantikkan LUVMILA di bawah Luvmilla Corporation.

Akibat kelemahan dan kekurangan dana operasi dari sudut pengiklanan dan pemasaran, perniagaan tersebut terpaksa ditutup.

View this post on Instagram

5 CARA PALING MUDAH NK BERNIAGA DI MEDIA SOSIAL . Bila sebut tentang berniaga di media social ni.. Ada banyak cara yang kita boleh guna.. Dan harini saya nak share, bagaimana strategi untuk anda berniaga menggunakan media sosial.. . . Media sosial ini adalah tempat untuk melihat perkembangan dan kekal berhubung bersama rakan-rakan dan follower kita.. Jika kita terlalu kerap menjual, bimbang nanti meraka akan mula rimas dan bosan.. Jadi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk dan elakkan jika mahu berniaga menggunakan media sosial.. . . 1. Minimum 3-4 posting sehari Ini bagi membina “personal branding” anda dan membuatkan orang ingat kepada anda.. Maksimum posting sehari hanya 5.. Itu pun jangan buat selama 3 hari berturut turut dan bergantung kepada jenis posting anda.. . . 2. Dua posting personal, hanya 1 posting tentang business Ini point yang paling penting. Elakkan membuat posting tentang perniagaan sepanjang hari.. Inilah yang membuatkan rakan2 fb kita jemu dan muak.. Pastikan anda share kegiatan harian, tentang keluarga, aktiviti di pejabat. Dan hanya satu, atau maksimum dua sahaja posting tentang perniagaan.. Itupun bukan secara ‘hardsell’.. Tetapi lebih kepada perkongsian tentang kebaikan dan solusi yg perniagaan anda tawarkan. . . Kita akan sambung dalam posting seterusnya.. . . Nak lagi tak ni? . . Komen “NAK” . . #rcw #byrcw #rcwbusinesscircle #tipsbisnescheta

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Rozita Che Wan
Walaupun Rozita Che Wan sering menjadi perhatian di laman sosial dengan tingkah lakunya termasuk sering bercuti di tempat mewah, memakai pakaian berjenama dan membeli barang mewah kepada anak-anaknya.

Tetapi segala kecaman yang dilontarkan kepada Rozita Che Wan ditepis dengan bijak.

Rozita Che Wan mempunyai beberapa perniagaan yang dikendali oleh beliau sendiri seperti Padusi Couture yang menjual hijab dan jubah.

Selain itu, Rozita Che Wan mengeluarkan jenama minyak wangi dan produk penjagaan wanita di bawah nama ByRCW.

Padusi Productions pula telah menerbitkan beberapa rancangan iaitu Aku Yang Masak Kau Yang Panas, Resipi Memikat Suami dan Zeta Cosmetics yang memfokuskan kepada pemasaran produk solekan.

Beliau dianugerahkan 100 Top Young Ceo dan mendapat tempat bagi anugerah Wanita Dalam Perniagaan anjuran Ikon Malaysia.

Zarina Zainuddin
Bermula dengan suka-suka, Zarina Zainuddin kini sibuk dengan perniagaan pulut kuning dan rendang buatan sendiri.

Rezeki yang tidak disangka bermula pada 2018 dengan hanya mempromosi melalui Instagram mendapat sambutan.

Dengan kesibukkan bekerja dan menjaga anak, beliau tetap gigih memasak 15 kilogram pulut, 20 ekor ayam dan 15 kilogram daging setiap hari bermula jam 6 pagi.

Beliau membuat penghantaran bermula pada waktu tengah hari.

Zarina Zainuddin juga menghidangkan pulut kuning bersama rendang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena hari kelahiran yang ke-94.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!