5 Tanda Korang Terjebak Dalam Hubungan Toksik );

Type to search

Bae & Beauty Trend

5 Tanda Korang Terjebak Dalam Hubungan Toksik

Farhana Syahirah
Share

Kebanyakkan orang ‘end up’ akan cenderung mendapatkan pasangan yang pentingkan diri dan semestinya, toksin. Dorang sanggup buat emosi korang terseksa untuk puaskan hatinya sendiri.

Ahli psikologi juga telah beri amaran tentang hubungan bertepuk sebelah tangan kerana dapat mempengaruhi sebahagian besar emosi dan fizikal korang disebabkan tekanan dan ‘anxiety’ yang berterusan.

Kalau kata hati korang dah mula terdetik tatkala tengah baca artikel ini, korang boleh baca tanda-tanda di bawah dan boleh nilaikan hubungan korang sendiri secara kritis.

#1 Tanda: Korang je yang selalu ada inisiatif untuk plan aktiviti berdua

Kalau korang tak hantar teks atau call si dia sampai beberapa hari, memang selagi itulah dia tak akan tanya khabar korang, seolah-olah tak kisah langsung. Bila korang mulakan dulu, baru dia mula nak membalas. Tak pun, setiap kali nak pergi mana-mana, korang je yang beria-ria buat planning, tapi dia ‘end-up’ sibuk dan cari alasan. Kalau si dia bagi respon kering macam ini, percayalah, memang toksin.

#2 Tanda: Korang seakan tak kenal dia yang sebenarnya

Si dia tak pernah berkongsi cerita tentang masa lalunya atau meminta nasihat korang setelah seharian penat bekerja atau belajar. Perbualan korang biasanya sangat formal (macam kena friendzone even dalam hubungan). Then, macam mana korang nak merancang habiskan seluruh hidup korang dengan orang macam ini kalau korang sendiri tak tahu watak sebenar si dia?

#3 Tanda: Korang takut jadi diri sendiri

Pernah tak korang selalu rasa tak dapat berkongsi masalah dengan si dia dan pernah tak macam korang je yang selalu mainkan peranan? Kemungkinan besar korang dah jumpa titik tengah sampai rasa tak selesa kalau tengah dalam keadaan sedih atau kecewa kat depan si dia sebab risau kena tinggal. Ingat, si dia tak layak mendapat yang terbaik dari korang, kalau si dia tak berada pada saat terburuk korang.

#4 Tanda: Korang kena priority dia dulu, diri sendiri jatuh nombor dua

Bila bersama, korang hanya melakukan apa yang si dia mahukan saja. Pilih filem, restoran dan apa saja, si dia tak ambil peduli pun dengan minat korang. Sampaikan dah ter’brainwash’ yang apa-apa hal, buat aktiviti yang si dia suka dulu, korang jatuh nombor dua. Sekiranya seseorang benar-benar mencintai korang, mereka akan menyokong hobi korang dan melakukan perkara yang korang suka tanpa menyebutnya sebagai “kompromi.”

#5 Tanda: Selalu ‘cover’ perangai buruk dia

Pernah tak korang rasa tak selesa dengan tingkah laku pasangan korang di hadapan rakan atau keluarga? Sampaikan korang pernah kata, “Oh, dia tengah badmood tu,” atau “maaflah, sebenarnya dia ambil cuti last minute, tu pasal gelisah je risau klien call,”. Ini salah satu kemungkinan besar bayangan sebenar pasangan korang di mata orang yang dekat dengan korang. Cuba berbincang dengan rakan korang, kadang-kadang pendapat orang lain dapat bantu korang berada di landasan yang betul.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!