6 Cara Bersihkan Blender Yang Ramai Tak Tahu - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

6 Cara Bersihkan Blender Yang Ramai Tak Tahu

Share

Susahkan nak hilangkan bau cili, bawang, rasa pedas rempah ratus dalam blender. Nak hilangkan kesan kuning kunyit lagi payah. Hari-hari guna, hari-hari basuh dengan sabun cuci pinggan. Setiap ceruk blender dah sental dengan span tapi masih juga tak hilang bau dan kesan kunyit. Bagus juga, barulah nampak kita rajin memasak tapi tak cantiklah blender tu.

Sini ada cara terbaik untuk menghilangkan bau cili, rasa pedas dan kesan kuning. Mudah sahaja, tak perlu beli baru pun. Guna barang yang ada di rumah. Anda boleh guna taktik ni di rumah mentua, barulah nampak hebat dan disayangi.

Air Panas

Selepas selesai menggunakan blender, bersihkan bahagian dalam blender menggunakan air biasa. Selepas itu masukkan air panas dan beberapa titik pencuci sabun basuh pinggan. Blend beberapa saat. Cuci seperti biasa. Bau cili pada blender terus hilang!

Beras

Struktur beras yang kasar boleh membersihkan dan menghilangkan bau dalam blender. Caranya, ambil segenggam beras, masukkan ke dalam blender. Blend selama 20 hingga 30 saat. Bukan setakat bau je hilang, blender pun makin cantik.

Garam Kasar

Hilangkan bau pada blender menggunakan garam kasar. Jika tiada garam kasar, anda boleh gunakan garam biasa atau sebiji limau nipis. Sebaiknya, rendam perahan jus limau nipis beberapa minit dan basuh seperti biasa.

Kelapa Parut

Masukkan sedikit kelapa parut dan air dalam blender. Blend campuran tersebut beberapa saat. Anda akan lihat kesan kuning pada blender hilang. Bau dan rasa pedas pun sudah tiada.

Baking Soda dan Cuka

Baking soda sebenarnya banyak kegunaan. Selain masakan, ia juga boleh cuci blender. Gunakan 1/4 cawan baking soda, 3/4 cawan cuka dan masukkan ke dalam blender. Lalukan di bawah air lebih kurang satu minit. Gosok guna span dan sabun basuh pinggan. Seterusnya cuci seperti biasa, bau rempah ratus masakan pada blender hilang.

Baking Soda dan Lemon

Sama juga seperti baking soda dengan cuka. Cuma gunakan dua sudu besar baking soda dan jus lemon. Gosokkan blender menggunakan span cuci pinggan. Bau akan hilang serta-merta.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!