6 Cara Mengambil Hati Kanak-Kanak - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

6 Cara Mengambil Hati Kanak-Kanak

Share

Ada sesetengah orang tak suka kanak-kanak. Tapi kanak-kanak suka pada dia. Ada pula suka kanak-kanak tapi mungkin tak ada daya tarikan untuk kanak-kanak dekati. Bagaimana?

Sebenarnya ada cara untuk mendekati kanak-kanak. Tak perlu ilmu hitam pun! Bila anda lakukan perkara ini, automatic kanak-kanak kecil akan suka pada anda.

Muliakan Anak Kecil

Mereka sangat suci. Apa yang diajar itu yang dibuat, apa yang mereka nampak itu yang mereka amalkan. Jadi, sebagai orang dewasa jangan sesekali memandang buruk terhadap kanak-kanak kerana mereka juga akan memandang buruk kepada kita. Perkara yang penting adalah pandang mereka sebagai insan yang mulia.

Jangan Tengking

Hati kanak-kanak sangat lembut. Walaupun mereka tidak memahami, tapi dengan nada tinggi mereka sangat sensitif. Nasihat secara lembut pasti mereka akan dengar dan terima. Ada setengah budak lagi dimarah, lagi dia buat. Tapi bukanlah tidak boleh marah dan buat hukuman langsung untuk pengajaran tapi pastikan anda lahirkan rasa sayang semula kepada mereka.

Ajar Solat

Kurangkan nakal anak kecil dengan ajar solat. Secara tidak langsung mereka pandai solat dan berdisiplin. Orang tua pun janganlah suruh saja, pastikan solat bersama.

Berikan Perhatian

Layankan saja! Bermain dengan mereka, berbual, bergurau dan ketawa. Kanak-kanak sebenarnya happy sepanjang masa. Kalau tiada apa yang mengganggu mereka, mereka akan main tanpa henti. Tapi mereka perlukan perhatian, bukan sedikit tapi banyak! Jangan pelik ya jika mereka menangis tiba-tiba, minta macam-macam. Kerenah itu hanyalah perlu dibalas dengan layanan.

Sentuhan

Sudah bagi perhatian, perlu juga buat sentuhan. Usap kepala, gosok tempat mereka sakit. Jangan biarkan anak kecil menangis seorang diri, mereka akan rasa diabaikan. Pujuk dan kesat air mata. Lebih baik jika memeluk mereka.

Permintaan

Permintaan kanak-kanak tak berat pun. Bukan minta emas atau duit. Kadang-kadang minta susu, minta mainan dan lapar. Jika lapar atau minta susu, segera bangun dan buatkan. Kalau minta mainan, bergantung pada keadaan. Beli dan pesan kepada mereka supaya main dengan cermat. Atau pandai-pandailah anda elak daripada mengeluarkan duit yang banyak untuk sebiji permainan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!