6 Cara Swafoto Bergaya Ala Artis - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

6 Cara Swafoto Bergaya Ala Artis

Share

Perempuan dan swafoto atau selfie tidak boleh dipisahkan lagi-lagi apabila mengenakan solekan yang cantik dan pergi ke tempat menarik. Kalau sepuluh kali selfie, hanya satu sahaja yang menjadi kadang-kadang semua tidak boleh digunakan. Ada sahaja yang tidak kena, tudung senget, muka kusam, pencahayaan tidak cukup, kurang senyum dan paling ketara adalah kelihatan sedikit gemuk.

Mulakan tahun baru anda dengan gambar selfie ala artis. Tidak perlu upah jurugambar, gunakan taktik yang mudah untuk dapatkan selfie yang bergaya. Nak tahu caranya? Mari ikuti cara swafoto ala artis.

Cukup Pencahayaan

Cahaya adalah perkara utama, bukan sahaja untuk berswafoto, malah untuk segala sesi fotografi kerana dengan pencahayaan yang cukup akan memberikan kesan glowing kepada wajah anda. Cahaya matahari adalah sumber cahaya yang terbaik. Jika waktu malam, dapatkan sumber cahaya yang terang dan tiada gangguan.

Posisi Muka

Perasan atau tidak apabila anda berswafoto di bawah cahaya lampu akan menghasilkan bayang-bayang yang membuatkan wajah nampak lebih lebar dan besar daripada asal. Elak berdiri terus daripada sumber cahaya, sebaiknya anda perlu sedikit kebelakang daripada cahaya dan tundukkan sedikit dagu dan condongkan ke kiri atau kanan mengikut posisi muka anda yang paling menarik.

Tekan Lidah

Ini adalah tips yang paling diperlukan. Walaupun nampak pelik, tapi sangat berguna. Tekankan lidah ke atas lelangit dan senyum seperti biasa. Kesannya akan membuatkan wajah anda lebih runcing dan senyuman nampak semula jadi. Selain itu, taknik ini dapat menyembunyikan masalah double chin serta membuatkan pipi anda lebih naik.

Senyuman

Untuk menampakkan gambar swafoto anda lebih ceria dan relax, anda perlu senyum sehingga gigi atas kelihatan. Lebarkan senyuman anda dan elakkan senyum dengan mulut tertutup kerana membuatkan wajah lebih berisi.

Posisi Badan

Seperti biasa, bergambar haruslah menampakkan ilusi kurus. Pusingkan badan 45 darjah dari kamera, letakkan sebelah tangan di pinggul dan beratkan badan anda pada satu kaki sahaja.

Silangkan Kaki

Tidak kisah posisi anda sedang duduk atau berdiri, kaki bersilang membuatkan badan anda lebih kecil dan panjang. Posisi kaki yang bersilang juga memberikan impak yang lebih menarik kepada gambar anda. Jadi, tiada lagi masalah ingin berswafoto dengan hasil yang menarik dan cantik.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!