6 Cara Swafoto Buatkan Anda Persis Artis - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

6 Cara Swafoto Buatkan Anda Persis Artis

Share

Perempuan dan swafoto atau selfie tidak boleh dipisahkan lagi-lagi apabila mengenakan solekan yang cantik.

Kalau sepuluh kali selfie, hanya satu sahaja yang menjadi kadang-kadang semua tidak boleh digunakan. Ada sahaja yang tidak kena, tudung senget, muka kusam, pencahayaan tidak cukup.

Mulakan tahun baru anda dengan gambar selfie ala artis. Tidak perlu sampai upah jurugambar, gunakan taktik yang mudah untuk dapatkan selfie yang bergaya.

Cukup Pencahayaan

Cahaya adalah perkara utama, bukan sahaja untuk berswafoto, malah untuk segala sesi fotografi kerana dengan pencahayaan yang cukup akan memberikan kesan glowing kepada wajah anda.

Cahaya matahari adalah sumber cahaya yang terbaik. Jika waktu malam, dapatkan sumber cahaya yang terang dan tiada gangguan.

Posisi Muka

Perasan atau tidak apabila anda berswafoto di bawah cahaya lampu akan menghasilkan bayang-bayang yang membuatkan wajah anda nampak lebih lebar dan besar daripada asal.

Elak berdiri terus daripada sumber cahaya, sebaiknya anda perlu sedikit kebelakang daripada cahaya dan tundukkan sedikit dagu dan condongkan ke kiri atau kanan mengikut posisi muka anda.

Tekan Lidah

Ini adalah tips yang paling diperlukan. Walaupun nampak pelik, tapi sangat berguna. Tekankan lidah ke atas lelangit dan senyum seperti biasa.

Kesannya akan membuatkan wajah anda lebih runcing dan senyuman lebih semula jadi. Selain itu, taknik ini dapat menyembunyikan masalah double chin serta membuatkan pipi anda lebih naik.

Senyuman

Untuk menampakkan gambar swafoto anda lebih ceria dan relax, anda perlu senyum sehingga gigi atas kelihatan.

Lebarkan senyuman anda dan elakkan senyum dengan mulut tertutup kerana membuatkan wajah lebih berisi.

Posisi Badan

Seperti biasa, bergambar haruslah menampakkan ilusi kurus.

Pusingkan badan 45 darjah dari kamera, letakkan sebelah tangan di pinggul dan beratkan badan anda pada satu kaki sahaja.

Silangkan Kaki

Tidak kisah posisi anda sedang duduk atau berdiri, kaki bersilang membutkan badan anda lebih kecil dan panjang. Posisi kaki yang bersilang juga memberikan impak yang lebih menarik kepada gambar anda.

Jadi, tiada lagi masalah ingin berswafoto dengan hasil yang menarik dan cantik.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!