6 Perkara Best Hanya Lelaki Single Yang Tahu Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

6 Perkara Best Hanya Lelaki Single Yang Tahu

Share

Single bukanlah satu masalah atau melarikan diri dari masalah. Setiap orang mempunyai tujuan dan target hidup masing-masing. Tetapi keseronokan hidup single lelaki dan perempuan mungkin tidak sama. Lelaki dengan cara mereka, perempuan dengan cara mereka.

Sebelum menamatkan zaman bujang dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Nikmati terlebih dahulu zaman bujang yang tidak akan dapat rasai selepas anda berkahwin.

Bentuk Badan

Lelaki bujang lagi mudah jaga badan berbanding lelaki yang sudah berkahwin. Jangan salahkan perkahwinan itu! Lelaki berkahwin sudah ada isteri yang sediakan makanan setiap hari, nak pula masakan si isteri sedap. Bertambah-tambah berat badan si suami. Yang bujang, makanan perlu disediakan sendiri, kepada yang amalkan diet yang sihat, makanan yang disediakan hanya cukup nutrisi sahaja. Selain itu, lelaki single mempunyai masa untuk bersukan, mungkin tidak setiap hari tetapi seminggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.

Tidur

Lelaki atau perempuan sama sahaja, kalau masih single, tidur mesti tidak terganggu dan kualiti tidur lebih baik berbanding yang sudah mempunyai keluarga. Mengikut kajian, lelaki yang sudah berkeluarga kurang nikmat tidur berbanding dengan lelaki yang tidur seorang setiap hari. Bagi lelaki pula, waktu tidur sangat berharga. Jadi, sementara masih tidak mempunyai keluarga, nikmatilah waktu tidur anda.

Melakukan Aktiviti Kegemaran

Kalau namanya single, mestilah hobi diutamakan. Tidak perlu pulang ke rumah mertua, tidak perlu merancang percutian untuk anak-anak, tidak perlu menghabiskan wang untuk keperluan isteri dan sebagainya. Hanya menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti kegemaran sahaja. Contohnya, zaman sekarang game online menjadi pilihan sebagai hobi, habiskan masa berjam-jam untuk bermain game pun tiada siapa yang kacau.

Pekerjaan

Untuk lelaki solo yang masih mengejar cita-cita akan sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan. Sementara untuk mendapatkan kerjaya yang stabil, lelaki solo tidak kisah jika melakukan pekerjaan yang perlu bermula dari bawah. Walaupun mula bekerja dengan gaji yang kecil, anda tidak perlu risau dengan tanggungan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Anda hanya perlu menguruskan komitmen sendiri sahaja.

Baik Hati

Disebabkan tiada tanggungjawab yang berat, lelaki single boleh dikatanya lebih suka menderma dan bersedekah. Ya, mungkin statement ini tidak begitu tepat tetapi lelaki yang sudah berkeluarga perlu mengutamakan pasangan dan anak-anak sebelum membantu orang lain. Begitu juga dengan wanita yang masih single. Kehidupan solo membuatkan anda lebih bermurah hati dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

Menabung

Sebenarnya lelaki single lagi mudah menabung berbanding perempuan single. Lelaki lebih fokus kepada matlamatnya. Lelaki single lebih bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh, mungkin lelaki ingin membeli kereta, jadi mereka akan menabung dan melakukan kerja overtime untuk membantu memenuhi kehendak mereka secepat mungkin.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *