6 Syarat Wajib Lelaki Sebelum Jadi Suami. Check Boyfriend Korang Sekarang! - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

6 Syarat Wajib Lelaki Sebelum Jadi Suami. Check Boyfriend Korang Sekarang!

Avatar
Share

Asyik dengar lelaki memilih perempuan. Nak bakal isteri pandai masak, yang reti jaga anak, yang bekerja dan mampu menguruskan keluarga. Sebelum kahwin, banyak sangat syarat untuk jadi isteri dia.

Sekarang ini antara syarat seorang lelaki sebelum jadi suami. Bukan setakat pakai muka dengan duit je tau. Banyak lagi syarat wajib lelaki kena tahu.

Wajib Tahu Agama

Bukan jenis penunggang agama tapi memang tahu tentang agama. Kalau setakat mulut sembang tapi tak reti buat eloklah korang tinggal je lelaki macam ni. Takkan nak imamkan solat pun tak yakin? Macam mana nak membimbing keluarga? Ish, bahaya betul ni.

 

Tidak Merokok

Susah nak dapat, tapi masih ada! Ada setengah perempuan tak kisah pasangan merokok, ada yang kisah. Tapi lelaki tak merokok ni limited edition! Kalau dapat pasangan tak merokok, dah kira bagus sebab taklah membazir duit beli rokok. Harga sekotak rokok umpama boleh makan dua hari!

 

Bukan Jenis Branded

Dari atas sampai bawah pakai barang berjenama. Kalau boleh total harga pada badan sahaja mungkin cecah ribuan ringgit. Kalau dari golongan kaya-raya, lainlah cerita. Tapi kalau sampai tak mampu nak makan hujung bulan atau pinjam duit korang. Baik korang lari dulu sebelum jadi mangsa keadaan.

 

Lepak Tempat Mahal

Bukan nak lepak gerai tepi jalan. Mesti lepak kedai atau kafe high-end. Kopi secawan harga berbelas ringgit. Balik rumah, makan mee segera. Kesian!

 

Tidak Mengikut Kemajuan Gadjet

Setiap kali handphone launch, mesti beli. Ada gadjet terbaru mesti kena ada. Dahlah gadjet bukan murah-murah. Terlalu ikut peredaran masa dalam gadjet ni kadang-kadang boleh buat berhutang. Bila berhutang, jadi masalah pula.

 

Gila Kereta Atau Motor

Ada beza minat, hobi dan obses. Minat dan hobi pula bergantung pada kemampuan. Jangan sebab ‘hobi mahal’, simpanan untuk masa depan pun tak ada. Kalau korang jumpa lelaki yang tak obses dengan modified kereta atau motor, korang antara yang bertuah! Sebab dia tak suka membazir pada perkara yang tak mendatangkan faedah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!