6 Tips Make-up Untuk Buat Gigi Korang Nampak Putih - Verst Bae & Beauty );

Type to search

6 Tips Make-up Untuk Buat Gigi Korang Nampak Putih

Bae & Beauty Kecantikan

6 Tips Make-up Untuk Buat Gigi Korang Nampak Putih

Farhana Syahirah
Share

Korang mesti rasa tak syokkan bila setiap kali gosok gigi, mesti gigi masih lagi kekuningan. Alih-alih, bila nak selfie, korang gigih cari filter untuk pastikan gigi nampak putih dan sihat.

Macam macam selebriti berjaya ada senyuman yang putih dan terang sepanjang masa? Well, memang ada di antara mereka laburkan duit mereka pada doktor gigi, tetapi ada juga yang menggunakan trik make up dan hasilnya memang awesome.

Jadi, Bae&Beauty telah menyusun 6 tip yang korang boleh ikuti bila nak pakai make-up supaya gigi korang kelihatan putih bak mutiara tanpa perlu memutihkannya.

1. Pastikan dan buat outline mulut korang dengan warna nude.

Benda wajib ini selalunya dilupakan oleh sesetengah wanita tapi lip liner memang sangat penting sama seperti gincu. Ini memang membantu menentukan kontur mulut korang dan menjadikan gincu tahan lebih lama.

Lip liner berwarna nude menonjolkan gigi korang dan kelihatan lebih putih. Secara tak langsung, ia membuatkan senyuman nampak lagi menawan dan bibir kelihatan full.

Untuk apply lip liner dengan betul, pastikan korang gariskan bahagian atas bibir dengan lengkungan Cupid, lepastu korang boleh pakai gincu yang sama warna atau warna 2 tona lebih gelap. Walla! Korang dah ready untuk pamerkan senyuman dengan gigi yang putih.

2. Pakai Highlighter

Highlighter memang sangat membantu dan alat makeup yang mesti dimiliki oleh sesiapa saja yang memakai alat solek. Produk ini menonjolkan beberapa ciri di wajah korang supaya lebih cerah dan glowing.

Untuk cara pemakaian, korang boleh menggunakannya di atas tulang pipi atas, bahagian atas hidung dan sedikit pada lengkungan Cupid korang. Sekiranya korang ingin jadikan mata korang sedikit besar, korang juga boleh letakkan sebilangan kecil di sudut dalam mata korang.

3. Boleh cuba tanning effect

Korang mungkin dah tahu yang serbuk bronzer atau bronzer dapat membantu korang untuk dapatkan kesan kulit sun-kissed. Walaupun tanning tidak begitu popular di Malaysia disebabkan kita sudah mempunyai keaslian kulit kuning langsat serta hitam manis, jadi korang boleh gunakan bronzer untuk menunjulkan gigi untuk kelihatan putih.

Ia berfungsi paling baik bila korang letakkan di tulang pipi, bahagian atas hidung. Sama teknik dengan highlighter, boleh jugak letakkan sedikit di lengkungan Cupid korang.

4. Tarikkan perhatian ke mata korang

https://www.instagram.com/p/CF_bQ4QFx52/?utm_source=ig_web_copy_link

Memakai solekan yang tepat pada mata korang ialah kunci untuk mengalihkan perhatian dari gigi korang dan buat orang fokus pada mata korang dan bukannya pada mulut. Bagi tips ini korang kena ada beberapa eyeliner dan banyak maskara.

Untuk buat eyeshadows,pilih warna biru – biru muda, ungu, hijau atau turquiose untuk buat lebih banyak kontra dengan pipi korang dan menjadikan mata korang lebih menonjol. Elakkan warna berasaskan oren kerana boleh menjadikan gigi korang kelihatan lebih kekuningan.

5. Pakai gincu biru

Untuk pengetahuan korang, petua ini digunakan oleh artis solek Beyonce, Sir John, bagi membuat senyuman selebriti kelihatan lebih putih. Bagi Sir John, kunci senyuman dengan gigi yang cerah adalah dengan memilih gincu dengan warna biru atau warna sejuk.

Jika korang lebih berani, korang boleh memilih warna ungu. Atau korang lebih suka pilihan klasik, boleh pilih warna merah ceri dengan tona warna seakan coklat atau fuchsia.

6. Pakai banyak lip gloss

https://www.instagram.com/p/B4xSvvXHznn/?utm_source=ig_web_copy_link

Lip gloss memang alat yang sempurna untuk menjadikan mulut korang lehibatan lebih cerah dan glowing. Sudah tentu juga untuk menjadikan gigi koreng lebih putih. Sebelum menggunakan lip gloss, korang kena lembapkan bibir dahulu dengan lipbalm. Selepas itu, pakai gincu dengan warna kebiruan dan gunakan banyak gloss terutama sekali di bibir tengah. Teknik ini bukan sahaja buat mulut korang kelihatan lebih cerah, tetapi gigi korang juga akan lebih menonjol.

P/S: Bonus makanan yang bantu putihkan gigi secara natural.

  • Strawberri: Walaupun buah ini berwarna gelap, ia mengandungi enzim yang disebut asid malik, yang berfungsi sebagai pemutih gigi semula jadi dan membantu menghilangkan bakteria dari mulut.
  • Bunga Kubis: Ini adalah makanan yang memerlukan banyak kunyah. Ia menyebabkan lebih banyak air liur dihasilkan, yang membantu membersihkan dan mengekalkan kilauan pada gigi.
  • Tenusu : Keju, yogurt, dan susu mempunyai kalsium, mineral yang menguatkan dan memutihkan enamel gigi.
  • Sayur Saderi : Buah-buahan dan sayur-sayuran berserat tidak hanya menjaga gigi menjadi putih, tetapi juga membantu menjadikan tisu gusi lebih sihat.
  • Epal : Buah ini membantu membersihkan plak dan menjaga gigi korang dengan lebih sihat dan putih.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!