6 Tips Pilih Photographer Paling Best Untuk Wedding Korang! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

6 Tips Pilih Photographer Paling Best Untuk Wedding Korang!

Share

Dah settle perkara utama untuk persiapan perkahwinan, jangan lupakan jurugambar. Mereka adalah insan insan yang akan tolong korang simpan segala memori sweet. Saat saat si bakal suami akad nikah, dan si bakal isteri menangis sebak, photographer akan mengambil peluang itu untuk dijadikan kenangan buat selamanya.

Haa gitu. Sangat penting ye photographer di majlis perkahwinan. Jadi, janganlah tersalah pilih photographer, menyesal tak sudah nanti. Bayar mahal mahal tapi hasil tak memuaskan. Untuk elakkan perkara yang sedih berlaku, pilh photographer yang terbaik untuk majlis korang. Macam mana nak pilih? Macam ni haa..

Kenal Photographer

Sebab tu kalau ada kawan kawan sediakan perkhidmatan photographer, lebih elok pilih kawan sendiri. Bukan sebab nak murah tapi kepercayaan dan hasil kerja dia yang korang dah tahu. Sambil sambil support business member, kan? Untuk menjimatkan lagi, pilih photographer yang berhampiran tak perlu keluarkan bajet untuk penginapan dan caj perjalanan yang jauh. Tapi kalau ada duit lebih, boleh je.

 

Hasil Dan Latar Belakang

Ramai sangat photographer dekat Malaysia ni. Sampai tak tahu nak pilih mana satu, mana yang elok, murah, gambar cantik dan mudah berurusan. Takut juga yang jenis scam. So, untuk elakkan kerugian korang kena buat sedikit kajian ringkas pasal photographer. Buat short list photographer yang korang nak dan tengok hasil kerja diorang. Refer hasil kerja sebelum ni, tengok review dan bandingkan baik buruk diorang. Lepas tu contact photographer tu. Bukan apa, just tak nak kena tipu je.

 

Pakej

Tanya pakej sesi photography yang diorang sediakan. Ada photographer cover untuk kedua dua belah majlis, ada yang belah perempuan sahaja dan sebagainya. Pakej yang disediakan selalunya cover majlis penting seperti akad nikah, bersanding belah perempuan, outdoor photoshoot. Kalau ada majlis tambahan, mungkin ada extra charge.

 

Bajet

Okay, hubungi photographer yang korang nak, bagitahu bajet korang. Kalau photographer bersetuju dengan bajet, boleh terus on. Kalau tak, terpaksalah cari yang lain. Jangan risau, ramai lagi yang korang boleh pilih.

 

Beri Maklumat

Dah dapat photographer pilihan hati dan dipersetujui oleh kedua dua bakal pengantin, proses seterusnya adalah memberi maklumat majlis kepada photographer. Berikan nama, tempat, proses majlis atau tentatif supaya mudah si photographer nak susun masa dia. Jangan lupa update kalau ada apa apa perubahan. Kalau kita mudahkan kerja orang, orang pun mudahkan kerja kita, In sha Allah.

 

Kerjasama

Bagi kerjasama kepada photographer korang! Jangan degil dan yang penting jangan malu malu. Selalunya photographer ni kerja bukan sekali dua majlis dia cover, mungkin dah ada pengalaman berbelas tahun. Jadi, diorang lebih arif mengenai cara pose, bagi tips, dan angle yang best. So, kalau photographer suruh buat itu, buat ini, buat je. Korang mesti suka dengan hasilnya nanti.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!