7 Cara Memakai Sheet Mask Dengan Hasil Yang Maksimum Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

7 Cara Memakai Sheet Mask Dengan Hasil Yang Maksimum

Share

Sheet mask mempunyai pelbagai jenis dan bahan yang digunakan untuk kesesuaian kulit seperti sleeping mask, clay mask, sheet mask, hydrogel dan bermacam lagi.

Jenis sheet mask yang mudah dan sering digunakan adalah microfiber atau yang diperbuat daripada kapas dan sesuai untuk kebanyakkan jenis kulit. Sheet mask jenis microfiber juga mudah didapati dengan harga yang murah.

Tujuan memakai sheet mask untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah, halus, lembap dan berseri tetapi bagaimana untuk dapatkan hasil yang maksimum? Mesti ramai yang masih tidak tahu cara yang betul memakai sheet mask.

Lihat tips di bawah untuk dapatkan cara yang betul.

Cara Simpan Sheet Mask

Paling utama cara menyimpan sheet mask adalah di tempat yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan suhu yang tinggi. Simpan di tempat yang sejuk seperti di dalam peti ais.

Selain terpelihara daripada kering dan rosak, ia juga membuatkan wajah anda segar apabila memakainya.

Gunakan Jari

Ratakan sheet mask anda menggunakan jari supaya tidak terlipat dan menggelembung. Ratakan dengan sempurna.

Tarik sheet mask dengan perlahan pada wajah kerana ia membantu untuk rawatan anti-aging.

Jangan Bazirkan Essence

Sebelum menggunakan sheet mask, buka bungkusan dengan cermat kerana essence di dalam bungkusan akan tumpah.

Gunting bungkusan dan keluarkan sheet mask, sapukan lebihkan essence di bahagian muka dan leher.

Jangka Masa

Masih ramai yang memakai sheet mask sehingga tidur dan membersihkan muka pada keesokkan harinya. Anda tidak digalakkan membiarkan sheet mask pada muka lebih daripada 30 minit.

Ia sebenarnya membuatkan wajah anda kering. Ikut arahan pada bungkusan! Pakai sheet mask 15 ke 20 minit sahaja.

Guna Bahagian Depan Dan Belakang

Mungkin perkara ini juga ramai yang tidak tahu. Selepas 15 hingga 20 minit anda biarkan, jangan buang terus! Anda boleh terbalikkan sheet mask dan gunakan essence yang di bahagian luar pula.

Biarkan selama 10 minit.

Sapukan Di Bahagian Lain

Selepas gunakan sheet mask, anda tidak perlu membasuh dan bersihkan wajah anda. Urutkan wajah dan leher dengan lembut menggunakan lebihan essence.

Tepuk wajah dan leher secara perlahan supaya essence dapat menyerap ke dalam pori-pori kulit. Selain itu, sapukan juga pada bahagian siku dan lutut.

Rutin

Untuk dapatkan kulit yang mulus, gunakan sheet mask 2 hingga 3 kali seminggu. Kulit anda akan semakin halus, lembap dan boleh mengurangkan penuaan.

Pastikan anda memilih sheet mask yang sesuai untuk merawat kulit.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!