7 Cara Tarik Minat Anak Untuk Belajar. Cubalah! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

7 Cara Tarik Minat Anak Untuk Belajar. Cubalah!

Share

Marah anak macam mana pun, budak-budak tetap dengan perangai dia. Nak ajak belajar memang jauh sekali. Terutama di rumah kerana ibu bapa yang ajar. Mereka takkan dengar cakap.

Anak-anak tak semua minat untuk belajar. Susah nak fokus dan nak main sepanjang masa. Tapi ibu bapa jangan give up dulu. Ada tips sebenarnya macam mana nak ajak anak-anak belajar di rumah.

Alat Tulis

Untuk permulaan, belikan anak keperluan belajar. Seperti alat tulis, buku, meja, warna atau apa sahaja yang boleh menarik minat mereka. Lebih elok, biarkan mereka yang pilih ikut kehendak dia. Pasti anak-anak tak sabar untuk menggunakan peralatan tersebut.

 

Conteng Dan Menulis

Adatlah kalau ada anak kecil, mereka akan menconteng apa sahaja. Bukan pada buku atau kertas malah dinding dan lantai pun akan jadi tempat kreatif mereka. Jangan marah dahulu, biarkan mereka kerana masa tu mindanya aktif dan kreatif. Nak selamat, cat dinding rumah menggunakan cat minyak senang nak bersihkan.

 

Sentiasa Ada

Tak perlu setiap masa ada di sisi anak tapi cari masa untuk ada bersama mereka supaya mereka tak terasa diabaikan. Apabila ibu bapa ada bersama, anak-anak akan rasa ditemani, disayangi dan itulah pendorong semangat mereka. Elakkan menggunakan handphone apabila bersama anak kalau pegang handphone automatik anda tidak menumpukan perhatian kepada anak.

 

Jadual

iasakan anak ikut jadual harian. Sediakan jadual untuk bermain dan belajar. Masa belajar bukan seperti orang dewasa, paling lama 10 hingga 15 minit. Mereka tidak dapat fokus lama, jadi selangkan waktu belajar dengan aktiviti lain.

 

Memaksa

Anak-anak tidak boleh dipaksa. Lagi disuruh, lagi degil. Walaupun mereka susah untuk beri perhatian dan mendengar cakap, ibu bapa perlu cakap secara lembut untuk memujuk takut nanti anak memberontak.

 

Bergembira

Budak-budak suka sesuatu yang menggembirakan. Belajar memang membosankan bukan pada budak-budak je orang dewasa pun tak suka. Tukar teknik pembelajaran. Contohnya, kalau nak belajar mengira anda boleh bawa ke perpustakaan, kalau nak ajar warna anda boleh bawa ke taman. Selain belajar, dapat jugalah anak-anak bermain.

 

Bahasa

Jangan keluar kata-kata negatif. Sebelum bercakap dengan anak, fikir dahulu perkataan dan ayat paling sesuai. Seperti, ‘jom kita menulis!’. Sifat positif akan menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!