7 Perkara Penting Sebelum Majlis Persandingan - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

7 Perkara Penting Sebelum Majlis Persandingan

Avatar
Share

Mestilah excited nak kahwin, kan? Persiapan pun dah mula berbulan sebelum tarikh. Duit pun dah makin banyak digunakan. Sebagai pengantin pun mesti pilih yang terbaik untuk majlis berjalan lancar dan nampak berseri seri semasa menajdi raja dan permaisuri.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Tapi ada beberapa perkara yang korang kena kaji sebelum buat keputusan. Jadikan majlis raja sehari korang nampak eksklusif dan ‘mahal’ bukan mahal pada belanja tapi nampak ‘murah’ pada tetamu yang datang. Fuh! Pening nak fikir, okay ini antara perkara yang korang kena kaji sebelum buat keputusan. Mari!

Jenis Tudung

Satu ketika dulu, tudung organza menjadi kegilaan pengantin perempuan. Material organza yang keras memudahkan untuk tudung menjadi bulat. Memang nampak manis tapi susah nak diuruskan, panas dan terlalu licin. Gunakan saja material tudung yang korang selesa dan selalu pakai. Jangan risikokan hari bahagia korang dengan tudung susah nak adjust!

 

Veil

Pilih veil yang lembut dan mudah dipin. Veil horse adalah sejenis veil yang keras dan kejung. Veil horse juga membuatkan korang nampak lebar. Guna veil material fabrik tulle. Fabrik yang lembut dan mudah dibentuk.

 

Mahkota

Mahkota yang sesuai untuk hari persandingan adalah mahkota yang rendah dan simple. Kalau mahkota korang tinggi sangat, pergerakan pun akan terbatas, kepala terasa berat dan penat. Pakai yang simple dan nampak mahal. Ala sebenarnya tak ada mahkota pun tak apa, cuma mahkota adalah simbol kepada raja. 

 

Henna

Nak henna yang berbunga ala ala hindustan, boleh je tak ada masalah. Tapi jangan terlalu ‘berat’ dan serabut. Cukup henna pada tapak atau belakang jari sahaja. Tak perlu sampai ke lengan, dik. Takut suami nanti.

 

Baju

Pilih baju betul betul! Teliti setiap inci baju. Ini kerana korang tak mahu nampak gemuk, pendek dan segalanya. Pemilihan baju wajib bersesuaian dengan potongan badan. Elak nampak terlalu sarat dan berat. Jenis kain yang tidak panas. Selain itu, warna baju perlulah yang lembut dan corak yang tidak terlalu menonjol. Corak kain pun perlu hampir sama warna dengan tona kain. Itu gunanya fitting baju. Jangan sesi skip fitting baju, kalau tak cantik nanti menyesal seumur hidup korang!

 

Warna Pelamin

Pemilihan warna pelamin sangat mempengaruhi gambar. Pilih warna yang lembut dan sesuai dengan semua keadaan. Tak semestinya matching dengan baju, cukup pilih warna pastel dan natural. Photographer pun tak pening nak edit gambar.

 

Trend

Mestilah ikut trend baru jadi bualan orang ramai. Salah! Tukar mind set korang kepada ikut kemampuan sendiri. Kalau ikut trend, takut jadi mangsa fesyen pula. Pastikan majlis yang korang rancang mampu menampung perbelanjaan dan berjalan dengan lancar. Jangan sesekali mahukan yang terlalu trendy hingga kehidupan selepas kahwin, merana. Tak perlu ikut trend, janji evergreen.

 

 

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!