7 Tanda Korang Ada Keyakinan Diri Yang Rendah Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

7 Tanda Korang Ada Keyakinan Diri Yang Rendah

Share

Keyakinan diri yang rendah adalah perkara yang tidak perlu dihadapi oleh semua orang. Bukan nak ban korang menikmati hidup dalam kebaikan, tetapi sebenarnya perkara macam ini sedikit sebanyak boleh mengganggu kesihatan mental korang dan menimbulkan masalah seperti kemurungan dan kegelisahan, menurut pakar

Selepas terinspirasi melihat IGTV Faizdickie, tentang bagaimana dia boleh hilang keyakinan diri ketika orang body shaming beliau, penulis terniat untuk menulis tentang ini. Jadi, jom tengok beberapa ciri yang menunjukkan korang mempunyai keyakinan diri yang rendah yang mungkin tak sedar korang memang ada.

1. Tidak menerima pujian


Bersopan-santun memang perkara yang baik, bagaimanapun, ini korang boleh guna ketika di situasi yang tepat. Sekiranya korang bertindak terlalu sederhana, ini mungkin bermakna korang tak cukup percaya pada diri sendiri.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa sifat bangga dengan diri sudah ada sejak berkurun lama. Sebabnya, nenek moyang kita memerlukan sesama ahli kelompok dorang untuk menghargai mereka ketika di masa yang sedih.

2. Korang anggap diri sebagai orang yang biasa


Typical tingkah laku seseorang yang tak menghargai diri dorang sendiri ialah tidak percaya bahawa dorang ini sangat berharga. Orang seperti ini selalunya anggap diri dorang tak mampu buat banyak kerja dan lebih suka berfikir untuk buat pekerjaan yang mudah, walaupun dorang memang mampu buat kerja yang benar-benar berjaya.

3. Korang fikir orang lain banyak cakap belakang mengenai korang


Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan selalu buat kritikan hebat
dalam hati dan sering menganggap pengkritik dalaman ini sebagai kritikan sebenar daripada orang lain. Dorang cenderung untuk berfikir yang orang lain hanya melihat sisi buruk dorang dan akan gelak tentang sebab itu, walaupun tidak ada kaitan dengan dengan yang orang lain tengah gelakkan.

4. Korang selalu suka rujuk pendapat orang


Tanda-tanda lain yang pasti bahawa korang tak percaya pada diri sendiri adalah ketakutan untuk menyatakan pendapat korang sendiri. Lebih mudah merujuk pendapat orang lain yang, pada pandangan anda, lebih berwibawa kerana anda menganggap mereka lebih layak daripada anda.

5. Tak pernah bagi reward untuk diri sendiri


Bagi orang yang tidak cukup menghargai diri sendiri memang jarang buat reward untuk dirinya. Dorang lebih suka memikirkan sejuta alasan untuk tak melakukan sesuatu yang benar-benar dorang nak lakukan, walaupun itu akan membuat dorang merasa sedikit lebih bahagia. Macam mana pun, cara yang baik untuk melawan keyakinan diri yang rendah adalah dengan melakukan perkara yang sangat korang gemari.

6. Bandingkan diri korang dengan orang lain dan anggap mereka lebih baik


Ini memang a big NO! Sekiranya korang tak dapat meluangkan masa seminit tanpa berfikir yang orang lain boleh buat sesuatu yang lebih baik daripada korang, keyakinan diri korang pastinya kena perbaiki. Ahli psikologi mencadangkan untuk berhenti bandingkan diri korang dengan yang lain – bukan sahaja perbandingan ini merosakkan, tetapi juga andaian korang juga mungkin salah.

7. Tak pernah cuba perkara baru sebab takut gagal


Seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah akan mempunyai ketakutan dengan kegagalan yang sangat besar.
Sebab itulah mereka lebih suka perkara yang rutin daripada mencuba sesuatu yang baru. Orang-orang seperti ini sangat sensitif dan kegagalan akan menurunkan keyakinan diri mereka secara automatik.

Apa pendapat korang tentang keyakinan diri yang rendah?

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!