7 Tips Ibu Bapa Ajar Si Kecil Solat Di Awal Usia - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

7 Tips Ibu Bapa Ajar Si Kecil Solat Di Awal Usia

Share

Ada cara mudah untuk mengajar anak-anak menunaikan solat pada usia masih kecil. Walaupun sebagai umat Islam diperintahkan solat seawal tujuh tahun, sebagai ibu bapa boleh mengajar solat sewaktu usia lebih muda. Ia akan membantu mengenali dan menjadi kebiasaan kepada anak-anak.

Persediaan awal kepada anak sangat penting untuk tidak berasa kekok dan mudah dilentur. Tanggungjawab ibu bapa mengenai ajar bersolat tidak boleh dipandang ringan. Apabila sudah mula dari awal, anak-anak mudah dipujuk dan diajak solat bersama. Ini adalah tips ajar solat sewaktu anak masih kecil.

Jadi Panduan

Peranan ibu bapa sangat penting. Si kecil akan melihat setiap tingkah laku dan perbuatan ibu bapa sebagai contoh dan tauladan kepadanya. Pendedahan solat bukan setakat pada ajaran, malah pada perbuatan. Apabila si kecil sudah biasa melihat ibu bapa solat, mereka dengan sendirinya akan melakukan solat. Sebaik sahaja azan, ibu bapa segera bangun tinggalkan segala pekerjaan yang sedang dilakukan. Solat di awal waktu dengan membawa si kecil bersama.

Kelengkapan Solat

Suntik semangat anak anda dengan membeli kelengkapan solat mengikut citarasanya. Beli sejadah comel, telekung yang sesuai. Sediakan ruang solat di rumah untuk mereka lebih seronok.

Jangan Marah

Jangan sekali-kali marah anak anda jika mereka mengganggu solat. Ia sebenarnya perkara yang baik. Perasaan ingin tahu anak kecil adalah proses belajar untuk mereka. Secara tidak langsung anak akan familiar terhadap solat dan pergerakan ketika bersolat. Jadi, biarkan mereka mendampingi anda ketika solat.

Hafal Ayat Mudah

Ada ibu bapa yang sibuk bekerja. Mungkin tidak sempat mengajar mengaji secara formal. Jadi, gunakan kaedah mudah iaitu dengarkan ayat-ayat Al-Quran kepada anak sebelum tidur, di dalam kereta atau di mana sahaja keadaan yang sesuai. Contoh ayat mudah seperti Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul. Walaupun si kecil belum pandai mengaji apabila sering mendengar surah ini mereka akan lebih seronok untuk solat. 

Solat Bersama Anak

Mempunyai anak kecil bukan alasan untuk melewatkan solat. Malah ia lebih elok jika anda solat bersama anak walaupun anak masih merangkak. Jika was-was dengan kebersihan lampin, bersihkan dan salin pakaian anak terlebih dahulu. Biarkan si kecil merangkak dan mundar-mandir di atas sejadah ketika anda solat. Lama-kelamaan si kecil akan memahami dan mereka akan ingat kepentingan solat.

Solat Berjemaah

Ketika anak kecil sudah meningkat usia dan semakin faham, amalkan solat berjemaah di rumah atau ke tempat ibadat. Selain banyak kelebihan solat berjemaah dengan cara ini akan mengeratkan hubungan keluarga dan menimbulkan rasa seronok. Jadikan solat jemaah aktiviti harian. Jika ibu bapa bekerja, sekurang-kurangnya solat jemaah pada hujung minggu juga boleh dijadikan aktiviti keagamaan.

Ke Masjid

Ajak anak anda ke masjid. Pada awalnya memang susah untuk mengawal pergerakan anak-anak kecil. Tapi untuk proses pembelajaran, biarkan mereka berjumpa dengan rakan seusia. Mereka akan seronok ke masjid dan solat bersama rakan-rakan. Tidak perlu menunggu pada bulan Ramadan sahaja, anda dan keluarga boleh jadikan aktiviti ke masjid setiap hari.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!