7 Topik Peribadi Yang Korang Tak Perlu Kongsi Dengan Keluarga Walaupun Rapat - Verst Bae & Beauty );

Type to search

7 Topik Peribadi Yang Korang Tak Perlu Kongsi Dengan Keluarga Walaupun Rapat

Bae & Beauty Trend

7 Topik Peribadi Yang Korang Tak Perlu Kongsi Dengan Keluarga Walaupun Rapat

Farhana Syahirah
Share

Walaupun keluarga korang antara orang yang paling rapat, ia tidak bermaksud yang korang perlu membincangkan setiap topik dengan mereka. Ada beberapa perkara mungkin kelihatan okay untuk dikatakan, tetapi hakikatnya, dorang mungkin berisiko untuk menjadi toksik atau mencederakan orang yang dekat dengan korang. Atau menjadi salah satu punca untuk bergaduh.

Itu sebab mengapa kadang-kala kena ada batasan untuk tidak berkongsi perkara peribadi mengenai diri korang. Bae & Beauty akan membincangkan kepentingan untuk menjaga emosi korang sendiri dan perasaan sekeliling yang korang rapat.
Walaupun ada beberapa topik yang paling baik untuk dielakkan, itu tak bermaksud yang korang selama-lamanya menutup diri korang dari keluarga atau satu alasan untuk mengelak bercakap dengan keluarga korang.

1. Rancangan Masa Depan Korang


Bila korang berkongsi matlamat korang dengan keluarga, itu dapat menipu otak korang untuk berfikir bahawa kita sudah mencapainya. Ini akan mendorong kita untuk berusaha lebih sedikit dalam apa yang kita nak capaikan.

Contoh situasi, korang memberitahu keluarga korang yang korang nak kurus tahun depan, tapi setahun saja lepas itu korang tak capai target pun. Bagitahu perkara yang korang dah plan untuk masa depan tak bahaya pun, CUMA lebih baik jika korang tak bagitau secara detail.

2. Masalah Dalam Hubungan Korang


Tak salah jika berkongsi cerita tentang masalah kecil dengan keluarga korang sebab mereka juga boleh menyumbang beberapa jalan penyelesaian jika korang buntu. Ia akan jadi masalah bila korang berkongsi secara detail tentang hubungan korang dan mengundang lagi masalah baru di kemudian hari.

Korang kena ingat, bagi yang sudah berkahwin utamanya, keluarga korang tak akan ada ikatan yang sama seperti pasangan korang. Sebabnya, bila korang dah maaf dan lupakan, mungkin ada di antara keluarga yang masih menyimpan dendam. Mereka juga mungkin merisaukan korang dan terus ragu-ragu dan curiga dengan pasangan korang.

3. Berapa Pendapatan Korang untuk Sebulan


Jika korang dah mula boleh cari duit sendiri, korang boleh saja beritahu terus jumlah purata tahunan yang korang dapat berbanding cerita berapa yang korang dapat sebulan. Keluarga korang tak perlu tahu tentang setiap sen yang korang hasilkan dan macam mana keadaannya.

Sebab bila ada masalah atau kenaikan kewangan korang, lebih baik tidak bagitahu terlalu terperinci. Topik seperti itu hanya akan buat keluarga korang lagi risau dan bimbang, dan dicop sebagai boros dan tak pandai menguruskan wang. Tak pasal-pasal dah bergaduh sebab duit.

4. Rahsia Diri Korang dan Orang Lain


Bergosip mungkin salah satu aktivitiyang tak berbahaya untuk kebanyakan keluarga yang lain, terutamanya dengan ahli keluarga kita. Tetapi tak kira seberapa banyak yang korang percayakan mereka, selalunya maklumat yang tak perlu tu mesti tersebar juga pada orang lain.

Ini memang akan beri kesan negatif dekat korang dan merosakkan hubungan korang antara rakan dan ahli keluarga korang yang lain.

5. Rancangan Untuk Ada Anak


Ibu bapa korang mungkin sudah lama teringin ak ada cucu sendiri. Lagi-lagi bila korang anak yang sulung mesti mereka ada menanyakan bila korang nak melahirkan.

Tapi ingat, korang mungkin orang yang akhirnya akan membuat pilihan apabila tiba masanya. Jadi, untuk mengelakkan salah faham atau hujah, kadang-kadang lebih baik korang elak topik ini dengan kata “InsyaAllah, nanti ada rezeki, adalah anak tu nanti,”.
Sekurang-kurangnya ibu bapa korang tak ada akses untuk dapatkan banyak maklumat yang tak ada kaitan.

6. Kesalahan Korang


Yang ini, it’s a big no-no. Beberapa kesalahan kecil boleh saja korang nak berkongsi cerita tetapi jika ada kegagalan besar dalam hidup korang, tak perlu untuk ceritakan.

Ini boleh jadi salah satu sebab ibu bapa korang risaukan korang dan ingin bantu krang baikikn keadaan. Ada certain situasi, ia bagus tetapi tak semua masalah korang boleh diselesaikan oleh mereka.

Untuk jadi seorang yang berdikari, korang boleh je fikir sendiri untuk berusaha kembangkan fikiran macam mana nak selesaikan masalah tanpa minta pertolongan mereka. Bila buntu, baru minta pertolongan.

7. Beritahu Hobi, Pandangan Politik atau Kepercayaan yang Korang Suka


Agama, politik dan pandangan tentang dunia ni adalah topik yang sangat sensitif dan sebolehnya, elakkan. Walaupun dengan keluarga, kadang-kadang ketika dorang mendengar pendapat yang bertentangan, sukar untuk dorang nak menahan diri dan mungkin mendorong kepercayaan dorang pada orang lain.

Ini memang akan jadi hujah yang besar dan bahkan boleh merosakkan hubungan anda dengan mereka.

Berapa kerap korang berpaling pada keluarga korang untuk dapatkan nasihat? Apa je topik tentant diri korang yang korang dah bagitau keluarga?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!