7 Trik Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

7 Trik Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir

Share

Ada segelintir wanita yang memiliki bulu-bulu halus pada kawasan atas bibir.

Mungkin perkara ini buat anda rasa tidak selesa bukan?

Ikuti beberapa cara yang berikut untuk menggugurkan bulu di kawasan tersebut.

Susu & Kunyit
Campurkan serbuk kunyit,susu dan sedikit air.

Biar bancuhan kelihatan sedikit likat. Sapu pada kawasan atas bibir. Biarkan kering.

Bilas. Buat dengan kerap.

Putih telur
Guna serbuk kunyit dan putih telur.

Kacau sehingga sebati. Sapu pada kawasan berbulu.

Biarkan selama sejam. Tanggalkan. Lakukan sekerap mungkin.

Gula
Panaskan gula sehingga menjadi cair. Perahkan sedikit jus lemon dan kacau sehingga sebati.

Biarkan campuran sejuk dan sapu pada atas bibir. Ambil kain bersih dan tekap pada atas bibir.

Ratakan kain dan urut perlahan-lahan. Kemudian tarik kain mengikut arah lawan bulu tumbuh.

Tepung beras
Campurkan tepung beras dengan yogurt.Buat campuran yang sedikit pekat.

Sapu pada kawasan berbulu dan biar kering.

Gosok perlahan-lahan sehingga masker hilang. Buat sekerap mungkin.

Betik
Lumatkan buah betik masak. Campurkan dengan serbuk kunyit.

Sapu pada kawasan wajah. Biarkan selama 20 minit.

Basuh muka. Buat sekerap mungkin.

Madu & Apricot
Guna buah apricot kering yang telah dicampurkan dengan madu. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit.

Urut secara membulat pada kawasan berbulu dan bilas dengan air suam.

Tepung gandum
Ambil tepung gandum biasas dan bancuh dalam kuantiti yang pekat. Campurkan dengan sedikit susu.

Sapu pada atas bibir dan tarik sisa tepung yang telah kering.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!