8 Bahan Semula Jadi Membantu Tidur Malam Dengan Lena - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

8 Bahan Semula Jadi Membantu Tidur Malam Dengan Lena

Share

Sukar untuk tidur malam akan membuatkan anda tidak bermaya dan stress pada keesokan harinya. Insomnia boleh berlaku tidak kira golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Tugasan sebagai seorang ibu perlu bangun awal pagi untuk siapkan sarapan dan menyediakan keperluan anak-anak dan suami. Kajian mengatakan orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam waktu tidur malam. Berapa jam anda tidur selama ini?

Penyakit ini sering menganggu kualiti tidur dan akan memberi kesan kepada tugasan anda pada hari seterusnya. Ketahui 8 bahan semula jadi untuk membantu anda mengatasi masalah insomnia.

Kulit Kayu Manis

Ubah menu harian anda dengan masukkan rempah kulit kayu manis. Kulit kayu manis memberi nutrisi pada sistem saraf yang bantu menurunkan kadar gula dalam darah. Jika anda sering terjaga di waktu malam selalunya disebabkan kadar gula dalam darah meningkat. Banyakkan makan makanan yang mempunyai rempah kulit kayu manis untuk mengelakkan anda terjaga pada waktu malam.

Halia

Halia sangat bagus untuk sistem pencernaan dan sistem saraf. Halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin pada bahagian otak untuk lebih tenang. Minum air halia untuk melancarkan pencernaan dan dapatkan tidur yang lebih lena.

Limau Nipis

Buah yang masam memang mempunyai kadar vitamin C yang tinggi. Limau nipis bantu menghilangkan stress dan kurangkan rasa cemas secara tiba-tiba. Anda boleh amalkan minum limau nipis suam sebelum tidur.

Oren

Kajian melaporkan bahawa vitamin C dalam buah oren dapat mencegah ketidakseimbangan memori dan menjaga antioksidan dalam otak. Maka, dengan minum jus oren sebelum tidur boleh membantu tidur malam anda.

Lemon

Walaupun buah lemon sangat masam tetapi ia memberi kesan yang baik kepada tubuh seperti imun badan dan memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin. Kandungan vitamin C dalam buah lemon membantu sistem saraf manusia lebih tenang dan tidak stress.

Teh Hijau

Teh hijau menjadi kegemaran ramai. Tahukah anda mengamalkan minum teh hijau bukan sahaja untuk diet, malah bertindak sebagai menenangkan fungsi otak dan badan. Teh hijau mencegah berlakunya sleep apnea iaitu gangguan pernafasan semasa tidur. Sleep apnea boleh menghentikan pernafasan seseorang sehingga pengsan kerana kekurangan oksigen. Jadi, sesiapa yang sering mengamalkan minum teh hijau sangat bagus, tetapi sesiapa yang masih belum, anda boleh mulakan sekarang!

Teh Hitam

Teh hitam mengandungi bahan asid amino yang memberi khasiat pada sistem saraf. Salah satu asid amino yang terbaik adalah L-theanine yang memudahkan anda tidur dengan nyenyak. Amalkan minum teh hitam sebelum tidur supaya tidur anda lebih berkualiti dan mengurangkan rasa cemas.

White Tea

Sama seperti teh hitam, cuma white tea mengandungi kafein sedikit tetapi dengan adanya asid amino L-theanine lebih banyak, maka anda boleh amalkan minum white tea sebelum tidur. Sebuah kajian mengatakan bahawa jika seseorang mengambil lebih banyak asid amino L-theanine, gelombang otak semkain meningkat dan memberikan rasa tenang kepada tubuh.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!