8 Cara Mudah Mendidik Si Kecil Menjadi Lebih Pintar - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

8 Cara Mudah Mendidik Si Kecil Menjadi Lebih Pintar

Share

Mendidik anak bukan perkara yang sukar tetapi ia memerlukan masa yang lama. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang perkembangan dan keaktifan anak. Namun, perkembangan setiap kanak-kanak tidak sama. Sebagai ibu bapa boleh mula megajar anak seawal enam ke lapan bulan untuk meningkatkan kemampuan pemikiran. Tetapi, jangan pula anda memaksa dan mendesak kemampuan mereka.

Ibu bapa perlu tahu kecergasan perkembangan intelektual si kecil. Untuk beberapa tahun pertama, pastikan anak anda mampu mempelajari perkara asas supaya mereka dapat menyelesaikan pelbagai cabaran. Ini 8 tips untuk meningkatkan kecerdasan otak bayi.

Makanan

Pemakanan bayi perlu dijaga rapi. Apabila sudah boleh makan makanan pepejal, sediakan menu yang kaya dengan nutrien untuk membantu perkembangan kognitif dan tumbesaran bayi secara normal.

Berkomunikasi

Cara awal untuk meyakinkan bayi adalah dengan cara berkomunikasi. Anda perlu berbual dengan si kecil untuk mengembangkan otak dan meningkatkan kemahiran komunikasi. Aktiviti lisan seperti ini memudahkan si kecil mempelajari perkataan dan menggalakkan bayi cepat faham.

Sentuhan

Biarkan si kecil melakukan aktiviti kegemarannya. Sebagai ibu bapa hanya perlu menyediakan ruang dan persekitaran yang selamat. Sentuhan kulit ke kulit, memanjat, bermain, urutan bayi, memeluk dan sentiasa bersama mereka apabila diperlukan. Ia juga akan menjalinkan hubungan kasih sayang bayi bersama ibu bapa.

Mainan

Pastikan mainan bayi membantu intelektualnya. Jangan beli mainan yang tiada faedah. Sebelum membeli mainan, anda perlu pastikan kemampuan si kecil. Pilih mainan yang betul dan dapat menarik perhatian bayi kerana ia akan menjadi alat pendidikan semula jadi terhadap bayi tersebut.

Selalu Bersama

Luangkan masa dengan bayi anda! Ini sangat penting selain dapat melihat perkembangan bayi, mereka juga akan rasa sentiasa selamat. Manjakan diri anda dengan aktiviti yang si kecil suka. Anda juga boleh memperkenalkan kemahiran baru. Untuk merangsang imaginasi bayi, bacakan buku cerita ringkas kepada anak anda setiap hari. Pilih buku yang berwarna-warni, mempunyai pelbagai tekstur dan gambar untuk menarik minat. Biasakan bayi anda dengan huruf dan gambar untuk menambah minat membaca.

Terokai

Bawa anak anda mengenali dunia luar. Ceritakan apa yang dilihat. Si kecil teruja dengan sesuatu yang baru. Bawa mereka ke taman permainan, berjalan-jalan dan berkawan untuk memberikan bayi pengalaman dan berani untuk menghadapi cabaran. Selain itu, biarkan si kecil bermain dengan kawan yang seusia dengannya. Awasi interaksi, aktiviti dan komunikasi bersama kanak-kanak lain.

Perasaan Ingin Tahu

Kanak-kanak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi sehingga tidak menghiraukan bahaya. Berikan si kecil peluang melakukan perkara baru untuk memotivasikan dirinya supaya lebih berani. Ibu bapa perlu awasi tindakkan anak-anak.

Kurangkan Gadjet

Walaupun teknologi semakin canggih, berhati-hati mendedahkan bayi dengan pelbagai kemudahan pada zaman sekarang. Hadkan masa atau jadualkan waktu untuk bermain gadjet kerana ia boleh merosakan mata dan perkembangan otak si kecil.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!