9 Perkara Seorang Isteri Perlukan Daripada Suami - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

9 Perkara Seorang Isteri Perlukan Daripada Suami

Share

Setiap pasangan suami isteri inginkan perkara yang mampu memenuhi kehendak masing-masing. Mungkin ada perkara yang sama, ada juga perkara yang berbeza.

Buatlah perkara yang menggembirakan hati isteri secara tidak langsung si suami akan mendapat layanan yang baik. Tidak rugi jika suami memenuhi permintaan isteri. Hubungan pasangan akan menjadi lebih indah.

Rasa Dicintai

Sebagai pasangan tentunya ingin rasa dicintai setiap masa. Bukan isteri sahaja, malah si suami juga mahukan perkara yang sama. Tetapi selalunya suami jarang mengucapkan kata sayang secara terus. Si isteri pula gemar mendengar kata sayang setiap hari. Jadi bagaimana? Memang betul tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata. Cara terbaik suami mengucapkan sayang kepada isteri adalah memeluknya, pegang tangan ketika berjalan, ciuman setiap hari dan memberikan kata-kata manis. Mudah bukan?

Masa

Luangkan masa! Jangan biarkan isteri anda sahaja melayan karenah anak-anak. Sebagai suami, luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ingat, wanita yang anda kahwini adalah isteri anda bukan hanya ibu kepada anak-anak anda. Bekerjasama dan luangkan masa untuk bersama mereka walau sesibuk mana pun. Utamakan hubungan kekeluargaan untuk menjalinkan hubungan yang akrab.

Memahami dan Memaafkan

Tiada pasangan yang sempurna dan lari daripada kesilapan. Jika salah seorang daripada pasangan membuat silap, cuba faham situasi mereka terlebih dahulu dan berbincang. Seorang isteri sememangnya mempunyai mood yang berubah-ubah dan hormon yang tidak menentu terutama ketika mengandung, datang haid atau mengalami proses menopause. Dengar dahulu penjelasan si isteri dan maafkan jika perkara tersebut boleh diperbaiki.

Kasih Sayang

Bukan dengan hanya perhatian dan masa sahaja. Ucapan harian juga memainkan peranan penting dalam hubungan. Cuba ingat semula, bila kali terakhir anda mengucapkan ‘terima kasih’ dan ‘tolong’ kepada pasangan anda? Dua ucapan ini sering dilupakan dan menganggap tidak penting. Sebenarnya, ia menjadi lebih penting setelah anda sudah bersama. Ucapan ini melambangkan kasih sayang antara anda dan pasangan terutama dalam hal-hal peribadi dan komitmen. Jadikan amalan kerana ia akan mengeratkan lagi hubungan.

Jadi Pendengar

Suami, tolong jadi pendengar setia kepada isteri anda. Inilah perkara paling menyedihkan kepada isteri apabila menyedari suami tidak mengendah dan tidak mengambi berat apa yang mereka katakan. Jangan pula suami hanya mendengar sahaja. Dengar sepenuh hati dan penuh perhatian. Walaupun si suami tidak dapat membantu secara langsung, mendengar luahan isteri adalah membantu dari segi emosi dan hati. Jadi seorang yang bersifat terbuka dan hormati pandangan pasangan anda.

Berbual

Anda dan pasangan hanya berbual mengenai anak, bekerja dan aktivit harian sahaja? Jangan begitu, ia akan menjadikan perbualan semakin hambar dan membosankan. Masih banyak perkara yang boleh anda bincangkan. Sewaktu bercinta, anda dan pasangan sering meluahkan perasaan sayang dan cinta antara satu sama lain. Mengapa tidak luahkan selepas berkahwin? Sering berbual topik ‘hangat’ dengan pasangan akan menimbulkan rasa sayang dan boleh membaiki kesalahan masing-masing. Jangan malu untuk berterus terang.

Katakan ‘Ya’ Lebih Kerap

Semua tahu suami adalah pemimpin dalam sebuah keluarga. Tapi tidak semestinya suami boleh membantah segala pandangan daripada seorang isteri. Mungkin pandangan isteri anda tidak memuaskan tetapi tolak dengan cara lembut dan hormat. Mendengar kata ‘tidak’ dengan keras daripada suami membuatkan hati isteri hancur dan sedih. Ada juga sehingga menimbulkan perasan benci dan hubungan semakin renggang. Jadi sebelum menolak sesuatu perkara, fikir terlebih dahulu dan bawa berbincang.

Bantu Tugasan Harian

Tiada undang-undang mengatakan si suami tidak boleh membuat tugasan harian di rumah. Sebaiknya, bekerjasama untuk menguruskan rumah tangga. Tolong-menolong adalah perkara yang paling mudah membuatkan hati si isteri gembira. Jangan biarkan isteri anda melakukan tugsan sepenuhya di rumah. Sebagai suami anda perllu menjadi hero dan contoh. Ingat, isteri bukan orang suruhan anda untuk menyelesaikan segala tugasan di rumah.

Berikan Waktu Rehat

Tugasan sebagai isteri berat kerana perlu uruskan anak-anak, kelengkapan suami dan rumah. Suami yang bertanggungjawab perlu berikan isteri anda ‘cuti’ daripada bekerja sepanjang waktu. Isteri berhak mendapat rehat yang cukup untuk menjaga kesihatan dan emosinya. Berikan isteri anda ‘me time’.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!